JellyPages.com

Thursday, August 6, 2015

Umrah dan Ziarah ke Tanah Suci Makkah dan Madinah

Assalamualaikum dah salam sejahtera buat para pelawat .

  Alhamdulillah , syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya masih diberi rezeki yang berkat dan kesihatan yang baik . Untuk catatan kali ini , saya ingin berkongsi sedikit catatan dan gambar kenangan semasa saya mengerjakan umrah dan ziarah ke Tanah Suci Mekah dan Madinah , Arab Saudi pada bulan Mei 2015 .

    Saya pergi mengikuti rombongan agensi Umrah TH Travel and Tours Sdn Bhd . Saya berangkat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 21 Mei 2015 , berada di Tanah Suci Madinah dan Mekah selama 9 hari , sebelum berangkat pulang dan tiba di tanah air pada 31 Mei 2015 .
Berikut adalah beberapa gambar yang sempat saya rakamkan sepanjang berada di sana .

Solat Jumaat di luar masjid Nabawi sebab saf dalam masjid dah penuh..........

Bergambar bersama 2 pakcik teman sebilik .

Melawat muzium dengan berpakaian Ihram , sebelum menunaikan umrah sunat .
 
Di puncak Jabal Rahmah .

Bergambai beramai-ramai di Jeddah Airport sebelum berangkat pulang .

Itulah sahaja yang ingin saya kongsikan untuk catatan blog kali ini . Sekian , terima kasih .

 



Saturday, May 16, 2015

Perbezaan Sahabat dan kawan

Orang kata kawan dan sahabat adalah dua perkara yang berbeza. Kawan senang dicari tetapi tidak sahabat. Kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja yang kita suka dan memiliki seberapa ramai kawan yang kita mahu.

Namun sahabat hanyalah untuk orang tertentu sahaja. Sahabat lebih akrab hubungannya. Susah senang segalanya boleh dikongsi bersama. Dan kerana itulah kita sering mendengar kata-kata seperti ini; “waktu kita senang, ramai kawan yang menghampiri, tetapi waktu kita susah ramai kawan yang lari’. dan “kawan ketawa senang dicari, kawan menangis susah dicari”


Persahabatan tidak terjalin secara tiba-tiba tetapi memerlukan proses yang panjang seperti menajamkan besi. Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihibur, disakiti, diperhatikan, dikecewakan, didengar, diabaikan, dibantu, ditolak, namun semua ini bukanlah disengajakan apa lagi untuk menimbulkan kebencian.

Kerinduan menjadi sebahagian daripada proses menjalin persahabatan. Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Ramai juga yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang kecewa kerana dikhianati sahabatnya.
Antara perkara yang sering menyebabkan runtuhnya sebuah persahabatan ialah masalah perniagaan (wang), ketidakbukaan, ketidaksetiaan, perubahan perasaan, dan kehilangan kepercayaan. Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga daripada seribu teman yang mementingkan diri sendiri.

Memang tidak ramai antara kita yang mempunyai sahabat. Yang ramai ialah kawan. Mungkin ada orang menganggap pasangannya adalah juga sahabatnya. Dan tidak kurang juga yang menjadikan kawan sebagai sahabatnya. Yang pasti setiap daripada kita sekurang-kurangnya mempunyai seorang sahabat yang boleh kita berkongsi segala cerita. Dan juga sahabat itu sudah tentu kita percayakannya sepenuh hati. Sebagai seorang sahabat pula selayaknya dia memegang segala amanah, menyimpan segala rahsia sahabat itu tadi.

Kepercayaan antara salah satu perkara penting dalam bersahabat. Hilangnya kepercayaan sahabat kepada kita pasti meruntuhkan tali persahabatan. Sekali kita merosakkan kepercayaan seorang sahabat kepada diri kita sampai bila-bila dia tidak akan mempercayai kita. Lalu seumur hidup kita terpaksa menanggung sakitnya apabila tiada siapa mahu mempercayai kita lagi. Dilabel sebagai ‘tidak amanah’, tidak boleh dipercayai’ amat menyakitkan. Lalu bagaimana selayaknya kita sentiasa dapat menjadi seorang sahabat malah orang yang boleh dipercayai?


1. Peganglah rahsia sahabat anda dengan baik kerana ia melambangkan nilai diri anda sebenarnya.
2. Jangan sekali-kali bercerita hal keburukan orang. Bercerita perihal keburukan orang sebenarnya akan memberi kesan negatif pada diri anda. Orang akan menilai anda daripada sikap anda itu.
3. Peliharalah rahsia orang terutama sekali hal-hal yang melibatkan maruah seseorang. Walau seberat manapun rahsia tersebut simpanlah ia dengan rapi.
4. Bercakaplah yang benar, tidak perlu mereka-reka cerita semata-mata untuk meraih simpati orang. Apabila kebenaran terserlah tentu sekali anda akan dibenci dan tidak dipercayai.
5. Jangan mengumpat di belakang, lebih baik mengata di depan walaupun ia akan menimbulkan pergaduhan. Ini adalah lebih baik daripada bermanis-manis muka di depan tetapi menikam kawan dari belakang.
6. Berlaku baik dengan ikhlas bukannya disebabkan ada ‘agenda’ disebalik kebaikan itu.


Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu.
Sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasulullah SAW yang bermaksud;
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R. Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual MINYAK wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya ; “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


Monday, April 20, 2015

Mahu Kaya ? Jangan Kerja Kerajaan !!!

Siapa dikalangan kita tak mahu hidup kaya ? Semua manusia nak kaya raya hartakan. Tapi yang aku lihat sekarang ni ramai mahu minta kerja Kerajaan supaya dapat hidup senang. Dulu aku pun fikir macam tu jugak.

Tapi bila dah rasa sendiri macam mana kerja kerajaan ni, taulah susah payahnya. Bagi aku kalau kamu berangan nak hidup senang dengan kerja kerajaan, tak payah mimpi lah. Tak senang mana pun.

Sebab itulah kebanyakan staff kerajaan bukak perniagaan. Tapi bukan atas nama dia orang sendiri. Mereka daftar dengan SSM atas nama isteri, anak-anak, sedara mara atau sahabat handai yang tak terlibat dengan goverment.

Sebab kami kakitangan kerajaan (kalau tak silap aku) tak boleh memiliki perniagaan atas nama sendiri. Makanya terpaksa pinjam nama orang lain dan kalau nak menjalankan apa-apa pekerjaan sendiri pun kena minta kebenaran ketua jabatan @ majikan terlebih dahulu serta tidak mengganggu tugas hakiki.

Kami pun kena isytihar harta atau aset yang kami ada 5 tahun sekali. Isytihar ni bertujuan supaya harta yang dimiliki tidak meragukan.

Contohnya kalau seorang staff goverment pakai kereta toyota alphad yang harga suku juta tapi hanya berjawatan pembantu tadbir (kerani) sahaja serta isteri tidak bekerja.

Adakah logik seorang staff goverment itu membeli aset yang mahal dengan kadar gaji bulanan 1K je sebulan ? ia adalah meragukan. Berkemungkinan staff tu terlibat dengan rasuah @ pecah amanah. Bukan setakat kena isytihar harta milik sendiri malah isteri & anak2.

Sebab itu, kalau kamu mempunyai mentaliti mahu jadi kaya, aku sarankan janganlah berangan nak kerja kerajaan. Banyak lagi sebenarnya peraturan dalam kerajaan ni. Ingat senang ke?

Baiklah kamu bukak bisnes sendiri, sendiri majikan, sendiri pekerja, apa2 risiko sendiri tanggung. Daripada kerja kerajaan, pegawai atas salah guna kuasa, kita bawahan terbabit disoal siasat sama dengan SPRM. Tak pasal-pasal kita pulak dijadikan kambing hitam.

Apakedehal ? Faham maksud aku kan? Lagipun 9/10 rezeki tu dari perniagaan. Jadi apa nak takut dengan risiko.

Ramai cakap kerja kerajaan ada pencen. Masa tua senang. Senang sebab dapat duit bulanan je. Tapi berapa sangat duit pencen tu. Kadar ekonomi meningkat. Harga barang naik selalu. Tak senang jugakkan?

Ramai jugak cakap kerja kerajaan senang kalau sakit masuk hospital free. Hek kamu free!! Masuk wad hospital kena bawak surat GL jugak (GL ialah surat pelepasan) benda ni rekod dalam buku perkhidmatan. Bila pencen nanti ganjaran kena tolak untuk bayar balik caj hospital tu. Jadi mana yang senangnya? Sama je.

Yang senang ialah buat hutang dengan bank. Cepat je lulus. Orang bank pun"senyum lebau" je..tu ye senang. Tapi senang tambah hutang tak elok jugak.

Gaji kerja swasta sebenarnya lebih besar dari kami ni. Kamu tiap tahun naik gaji berapa? Kenaikan gaji tahunan kami tak sampai RM100 pun. BONUS kadang ada kadang takde. Kalau ada pun sebulan gaji dan 2 kali bayar..hahaha (Lawak Ke Der?)

Kamu "BrainWash" baliklah..aku malas nak cakap banyak..kang aku kena boikot pulak...


Thursday, December 25, 2014

Penghujung 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera .

  Dah lebih 1 tahun berlalu sejak aku kali terakhir menulis catatan dalam blog ini . Maklumlah , sibuk dengan komitmen kerja . Alhamdulillah , perjalanan hidup ada kenangan pahit dan manis tapi masih bersyukur kerana Allah SWT masih memberiku peluang bernafas di atas muka bumiNya ini .

   Sudah 1 setengah tahun aku bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia . Aku akui bebanan yang dipikul dalam mencari sesuap rezeki yang halal . Tapi sedikit demi sedikit , aku cuba memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik . Dalam tempoh ini , aku mula mengumpulkan aset dan membuat simpanan untuk masa depanku . Setakat ni aku dah ada sebuah motor kapcai 110cc . Ok la , sekurang-kurangnya nampaklah sesuatu yang aku beli dengan duit gaji sendiri . Hajat aku nak buat ibadah korban pun dah tercapai . InsyaAllah , plan seterusnya nak pergi ke Tanah suci buat Umrah . Hajat aku nak berdoa depan Kaabah , semoga pintu rezeki aku diluaskan dan Allah mempertemukan aku jodoh dengan seorang gadis yang baik .

  Oklah , setakat ni dulu catatan aku untuk hari ini . Aku akan menulis lagi dalam masa terdekat , mungkin ulasan mengenai isu-isu semasa . Wassalam .


Saturday, July 20, 2013

Salam Ramadhan 1434H

Assalamualaikum dan salam sejahtera , diharap anda sihat sejahtera hendaknya .

Saya ingin nengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat muslimin dan muslimat tidak kira di mana jua anda berada . Sama - sama kita meningkatkan amal ibadah di bulan yang mulia ini .

Sekian .

Saturday, June 29, 2013

Bergelar Penjawat Awam

Assalamualaikum , salam sejahtera saya ucapkan buat semua pelawat blog ini , semoga anda dalam keadaan sihat hendaknya .

Aku kini secara rasminya telah bergelar penjawat awam / kakitangan kerajaan . Aku secara rasminya telah dilantik ke dalam perkhidmatan awam . Aku berkhidmat sebagai Jurupulih Perubatan Anggota Gred U29 di Kementerian Kesihatan Malaysia . Cuma penempatan buat masa ini , masih belum dipastikan . Melapor diri kat hospital lain , tapi kerja hospital lain . Tapi tidak mengapa , sekurang-kurangnya aku sudah berkerjaya .

Buat masa ni , inilah kad staf aku .

Ok , aku rasa setakat ni je dulu , sebab tak banyak yang aku boleh kongsi . Terima kasih kerana sudi singgah . Gracias amigos .

Saturday, June 22, 2013

Suasana Pilihanraya Umum Ke-13 di kawasan saya

Assalamualaikum wa rahmatullahi wabarakatuh , dan salam sejahtera saya ucapkan buat semua pelawat blog ini . Diharap tuan/puan dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya .

Dah 2 bulan berlalu sejak kali terakhir saya mengemaskini laman blog ini . Maklumlah , dalam tempoh tu , semua orang Malaysia sibuk bercerita tentang Pilihanraya Umum ke-13(PRU13) , baik soal calon mahupun manifesto parti politik . Fenomena setiap lima tahun ini hangat diperkatakan , baik di warung kopi mahupun di laman sosial . Pilihanraya adalah amalan sistem demokrasi yang membolehkan rakyat memilih pemimpin.

Demam pilihanraya bermula dengan permohonan pembubaran parlimen oleh YAB Perdana Menteri , disusuli dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri kecuali negeri Sarawak . Kemudian , pihak suruhanjaya pilihanraya (SPR) telah menetapkan 20 April 2013 sebagai hari penamaan calon dan 5 Mei 2013 sebagai hari membuang undi . Secara keseluruhannya perjalanan proses pilihanraya umum kali ini berjalan lancar walaupun terdapat beberapa kekecohan yang ditimbulkan . PRU13 adalah kali pertama saya mengundi.

Setelah keputusan penuh PRU13 selesai diumumkan , Barisan Nasional masih mengekalkan penguasaan parlimen dan kerajaan pusat apabila memenangi 133 kerusi , dan dapat merampas kembali negeri Kedah . Pakatan Rakyat pula menang 89 kerusi parlimen , dan mengekalkan kuasa pentadbiran di negeri Pulau Pinang , Kelantan , dan Selangor .

Berikut adalah beberapa gambar yang saya rakamkan di kawasan saya sepanjang musim PRU13 yang lalu .










Itu sajalah yang ingin saya kongsikan dalam catatan saya kali ini . Terima kasih kerana sudi melawat blog ini , semoga tuan/puan dipanjangkan usia . Sekian .