JellyPages.com

Saturday, June 22, 2013

Suasana Pilihanraya Umum Ke-13 di kawasan saya

Assalamualaikum wa rahmatullahi wabarakatuh , dan salam sejahtera saya ucapkan buat semua pelawat blog ini . Diharap tuan/puan dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya .

Dah 2 bulan berlalu sejak kali terakhir saya mengemaskini laman blog ini . Maklumlah , dalam tempoh tu , semua orang Malaysia sibuk bercerita tentang Pilihanraya Umum ke-13(PRU13) , baik soal calon mahupun manifesto parti politik . Fenomena setiap lima tahun ini hangat diperkatakan , baik di warung kopi mahupun di laman sosial . Pilihanraya adalah amalan sistem demokrasi yang membolehkan rakyat memilih pemimpin.

Demam pilihanraya bermula dengan permohonan pembubaran parlimen oleh YAB Perdana Menteri , disusuli dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri kecuali negeri Sarawak . Kemudian , pihak suruhanjaya pilihanraya (SPR) telah menetapkan 20 April 2013 sebagai hari penamaan calon dan 5 Mei 2013 sebagai hari membuang undi . Secara keseluruhannya perjalanan proses pilihanraya umum kali ini berjalan lancar walaupun terdapat beberapa kekecohan yang ditimbulkan . PRU13 adalah kali pertama saya mengundi.

Setelah keputusan penuh PRU13 selesai diumumkan , Barisan Nasional masih mengekalkan penguasaan parlimen dan kerajaan pusat apabila memenangi 133 kerusi , dan dapat merampas kembali negeri Kedah . Pakatan Rakyat pula menang 89 kerusi parlimen , dan mengekalkan kuasa pentadbiran di negeri Pulau Pinang , Kelantan , dan Selangor .

Berikut adalah beberapa gambar yang saya rakamkan di kawasan saya sepanjang musim PRU13 yang lalu .










Itu sajalah yang ingin saya kongsikan dalam catatan saya kali ini . Terima kasih kerana sudi melawat blog ini , semoga tuan/puan dipanjangkan usia . Sekian .

No comments: