JellyPages.com

Saturday, April 13, 2013

Isu Semasa: PTPTN Mansuh, Belajar di IPT Secara Percuma



Apa yang akan terjadi sekiranya PTPTN dimansuhkan dan belajar di IPT secara percuma?? Apa akan jadi weayh? Before aku ulas benda ni lebih lanjut, aku nak tegaskan disini bahawasanya aku bukanlah orang kuat kerajaan mahupun pembakang dan aku ingatkan dekat korang awal-awal bahawasanya entry ini tidaklah mempunyai unsur-unsur berat sebelah (bias).



Kenapa perlu PTPTN dimansuhkan?

Sokong : Kau nak menggalakkan golongan macam kita (anak-anak muda) berhutang ke dol? Belum bekerja dah di bebani hutang! Macam mana kalau tak sempat nak bayar sebelum mati nanti? Kau nak roh kau tergantung antara langit dengan bumi ke sampai kiamat?

Bangkang : Eleh, kalau takde PT pon korang berhutang jugak. Kereta, rumah! Korang ada duit cash ke nak bayar semua tu? Hutang jugak nanti. Itu pun hutang tu sempat bayar. Selamat la kau dekat akhirat besok.

Sokong : Itu dah bekerja nanti takpe laa. Ni belum bekerja dah di bebani hutang. Pastu tambah hutang rumah, kete. Kalau kawin, hutang jugak. Adooiiii....

Bangkang : Habis mana nak cekau duit untuk sambung belajar? Ada orang nak sedekah ke?

Sokong : Sebab tu kita sokong PTPTN mansuh, belajar free kat IPT.

Bangkang : Lepas tu? Semua orang jadi malas? Itu kau nak tengok? Anak bangsa kita dah la PEMALAS semuanya.

Sokong : Asal kau cakap macam tu?

Bangkang : Berapa ramai yang pinjam duit PTPTN tu gunakan sepenuhnya duit pinjaman dorang hanya untuk kos belajar? Setakat yuran dekat IPTA tu, berapa sangat. Itu pun kerajaan dah tanggung sikit. Tinggal bape kerat je kita kena bayar. Kadang-kadang buku pun kita tak beli yang baru sebab mahal. Yela takut duit PT habis tak dapat nak enjoy. Kalau boleh carik senior-senior beli secara pukal dengan dorang. Dapat jimat kos. Itu takpe la kalau lepas tu kite study pastu dapat 4 flat. Emmmphhh, tak sampai semester 6, dah lingkup. Dismiss! Quit sebab tension belajar! Cube kau bayangkan kalau belajar free?

Sokong : Dorang tu semua bodoh!! Aku tak buat macam tu pun. Aku guna sebaik mungkin dan simpan sedikit untuk masa depan. Tapikan kalau belajar free dapat bagi peluang dekat orang-orang miskin atau yang tak berkemampuan untuk sambung belajar.

Bangkang : Alhamdulillah sangat kalau semua geng-geng kita macam kau. Habeh, PT ade ni tak bagi chance kat dorang ke?

Sokong : Itu hutang!! Hutang bro! Hutang! Kau bayangkan eayh kalau hutang PT dekat 15, 000 (lima belas ribu), lepas belajar menganggur pulak. Tak pun dorang dapat kerja yang tak berapa baik. Macam mana dorang nak cover balik untuk bayar hutang PT tu? Beban hidup beb!!

Bangkang : Kau ulang balik soalan kau tu? Tak pun kau pahamkan balik soalan kau tu? Kau tanya aku macam tu? Patut aku yang bertanya soalan sedemikian rupa dekat kau! Sekarang kau sediri dah bagi penjelasan tentang betapa malasnya bangsa kita nanti kalau PTPTN dimansuhkan dan belajar secara free. Bro, PTPTN memang la bagi pinjam. Tapi kau tak perasan ke sebenarnya dorang menggalakkan kita berusaha dengan lebih rajin dan gigih. Kau tau kan kalau kita gred dengan keputusan yang sangat cemerlang, pinjaman akan bertukar menjadi biasiswa. Maknenye kita akan dikecualikan daripada bayar balik PTPTN tu. Tak caya kau tekan link ni. Metro Ahad Online. Kau bayangkan eayh kalau kita dapat belajar free tanpa perlu memikirkan soalan siapa dan di mana datangnya duit kau nak bayar buku, yuran pengajian tu semua. Kau rilek je. Otak pun lapang. Kalau aku la, ok, kalau aku la seorang yang malas macam ni, macam sekarang ni, kau ingat aku kisah ke nak belajar dah kalau belajar pun free? Takde beb. Aku takkan belajar betul-betul. Aku akan target cukup-cukup makan je. Belajar free je kot. Come on! Buat apa nak pikir tu semua. Asal lepas dapat degree sudah la. Kerja pun confirm-confirm dapat. Bro, bagi aku, jika PTPTN mansuh, belajar pun free, makin ramai mahasiswa menjadi semakin malas. Lagi-lagi bangsa kita bro. Banga Melayu. Sekarang pun dah malas entah macam mana kalau PTPTN mansuh pastu belajar free. At least, dengan adanya PTPTN lepas tu dia buat pulak skim pengecualian pembayaran balik tu, secara tak langsung, ia mendidik bangsa kita untuk lebih berusaha keras. Kita ni, manusia yang tak pernah cukup dengan apa yang ada. Memang betul, aku akui semua tu. Aku sendiri tak pernah puas dengan apa yang aku ada. Malah yuran yang hanya RM700 tu pun aku masih merungut mahal sedangkan dekat IPTS lagi mahal. Tapi tu la, manusia tak pernah bersyukur dan puas dengan apa yang ada. Bro, dalam kesulitan pasti ada jalan keluarnya. Jika kita tak nak di bebani hutang, usaha la dapatkan result cemerlang.

Daripada dialog yang aku reka sendiri tu, aku luahkan pendapat aku melalui persoalan hati (Sokong) dengan pemikiran jawapan sendiri (Bangkang). So, ini hanyalah pendapat aku dan apa yang aku rasa. Bagi aku, setiap orang berhak meluahkan pendapat masing-masing, asalkan tidak menyinggung mana-mana pihak dan menyentuh sensiviti masyarakat pun sudah ok. Mungkin yang melakukan demonstrasi terhadap pemansuhan PTPTN tu jugak salah satu cara untuk meluahkan perasaan dan memberi pendapat. Aku tak sokong dan aku jugak tidak mengutuk cara mereka. As long as tidak ada cetusnya kekecohan sampai tertumpahnya darah sudah la.


..SEKIAN..

No comments: