JellyPages.com

Saturday, April 6, 2013

Sekolahku : SMK Bandar Putra , Kulai (2005-2006)


Assalamualaikum saya ucapkan buat pelawat blog ini . Diharap anda sihat sejahtera hendaknya .

Untuk catatan blog kali ini . saya ingin mengimbau kenangan zaman persekolahan  dulu-dulu . Saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra , Kulai selama 2 tahun , dari  tahun 2005 hingga 2006 , di mana saya menerima pendidikan menengah atas .

Seterusnya , saya ingin menceritakan serba sedikit mengenai latar belakang sekolah ini . SMK. Bandar Putra, Kulai telah ditubuhkan pada 1 Januari 2004 yang terletak di alamat PTD, Jalan Nuri 9 Bandar Putra, 81000, Kulaijaya, Johor Darul Takzim. Sekolah ini mendapat namanya sempena nama taman perumahan di kawasan sekolah ini dibina. Bagi memastikan kelengkapan sekolah diuruskan dengan baik pihak Pejabat Pendidikan Daerah telah melantik En. Safari bin Basir sebagai penyelaras. Pertemuan pertama untuk membuka sekolah ini telah diadakan pada 5 November 2003, tanpa Pengetua. Kerja-kerja awal seperti menentukan arah tuju sekolah dan konsep sekolah telah diuruskan oleh En. Anuar bin Jais dibantu oleh En. Safari bin Basir dan Pn. Hjh. Norsiah bte Osman.

Sekolah ini merupakan sekolah kawalan yang cuba dibangunkan dengan tujuan meningkatkan pencapaian akademik daerah Kulaijaya. Idea ini telah dicetuskan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Tn. Hj. Markom bin Giran. Pada peringkat permulaan sekolah ini akan menerima pelajar seramai 450 orang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 4. Konsep terkawal menyebabkan sekolah ini hanya menerima pelajar terbaik yang akan dimasukkan ke dalam Rancangan Khas Agama, Rancangan Khas, Program Khas dan pelajar aliran sains tingkatan 4. Tarikh 5 Januari 2004 adalah tarikh keramat sekolah kerana pada hari ini sekolah menerima pelajarnya yang pertama. Tugas merealisasikan visi sekolah diketuai oleh Pengetua pertama sekolah ini iaitu En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan dan dibantu oleh 29 orang guru dan 8 orang kakitangan sokongan.

Pengoperasian sekolah ini telah mendapat bantuan sepenuhnya daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Penyerahan Plak Pengoperasian sekolah ini telah diadakan pada 12 Januari 2004. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Hj. Zakaria bin Hj. Abd. Shukor. Dengan adanya majlis ini semangat seluruh warga sekolah telah meningkat untuk menjadikan sekolah ini sebagai sebuah sekolah yang terbaik di dalam daerah Kulai.SMK Bandar Putra telah menjadi tulang belakang dalam pencapaian peperiksaan PMR dan SPM daerah Kulai sejak ditubuhkan pada tahun 2004 sehingga kini.

Sepanjang bersekolah di sini , saya tinggal di asrama . Tinggal di asrama mengajar saya kehidupan berdikari , tanpa terlalu bergantung harapan lain . Walaupun terikat dengan banyak peraturan , namun saya melaluinya dengan sabar dan cekal sehingga berjaya menamatkan pengajian di sekolah ini . Alhamdulillah , akhirnya saya berjaya mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM .

Berikut adalah lagu sekolah :
Bersyukur ada di siniMencapai kecemerlanganTinggi akal budiMulia nilai pekerti
BIJAK menuju wawasanPINTAR mencapai impianSasa jati diriJadi Putra terbilang
Ilmu iman di hatiHebat semangat juangRela menabur baktiItulah Putra terbilang
Tuhan berkati segalaUsaha teguh janji kitaDemi bangsa NegaraWarga Putra Terbilang
(lirik & lagu oleh En Abd Aziz B Hj Redwan; 16 Mei 2005)

Lencana Sekolah 

Pandangan depan SMK Bandar Putra

Penerangan Lencana Sekolah
1.Perisai melambangkan jati diri pelajar yang boleh menangkis gejala buruk.
2.Nama sekolah disokong oleh lima tiang yang boleh diibaratkan sebagai panca agama(rukun Islam) dan panca negara(rukun negara).
3.Tiga bulatan berangkai merupakan semangat perpaduan yang sentiasa dipupuk dan disemarakkan serta kegiatan sukan merupakan satu aktiviti penting warga sekolah.
4.Radas sains menunjukkan sains adalah aliran utama sekolah ini.
5.Pen dan buku merupakan usaha sekolah menerapkan konsep iqrak bagi mewujudkan budaya membaca sebagai punca segala ilmu dan pendidikan sepanjang hayat.
6.Buku terbuka mengambarkan warga sekolah yang cintakan ilmu dan sentiasa membugar sumber ilmu pengetahuan.
7.Lambang stesen pemancar bumi merupakan penekanan sekolah menyahut cabaran wawasan negara.
8.Lencana sekolah secara keseluruhannya berteraskan kepentingan akademik yang disokong oleh aktiviti sukan manakala teknologi maklumat adalah aksesnya.
9.Warna biru menunjukkan sekolah adalah institusi yang ada undang-undang dan peraturan, putih mengambarkan kehidupan beragama dan bersih, warna merah menunjukkan sikap. Warna kuning mengambar pelajar-pelajar yang belajar di sekolah ini adalah pelajar terpilih. Warna-warna ini bila digabungkan dan disematkan di dada merupakan sebagai satu lambang kesediaan untuk mencapai kecemerlangan sekolah.


  Setakat ini sahaja yang ingin saya sampaikan . Sekian , terima kasih kerana sudi membaca catatan blog yang tidak seberapa ini , semoga tuan/puan dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki . Wassalam .

No comments: