JellyPages.com

Thursday, January 31, 2013

Kalau Tiada Jodoh , Bagaimana ?


Kalau kita dah couple dengan seseorang dan janji nak kahwin dengan dia, perlukah buat solat istikharah juga. Nanti kalau buat bukan jodoh kita macam mana?
Jawapan:
Assalamualaikum WBT.
Terima kasih kerana bertanya. Moga apa yang saya nak jelaskan ini ada manfaatnya buat yang bertanya. Kalaulah kita sudah ber’couple’, yang membawa makna, kita sudah ada ‘steady boyfriend’ atau ‘girlfriend’.
Langkah pertama ialah kita kena insaf kalau ‘coupling’ itu menjurus kepada kita bertemu selalu, memadu kasih mesra sepertimana yang lumrah berlaku di zaman sekarang, ianya adalah satu dosa yang kita kena tinggalkan SERTA MERTA.
Walaupun niat pada asalnya hanya untuk bertemu untuk membincangkan sesuatu perkara, tetapi jika pertemuan itu dilakukan di tempat yang boleh menimbulkan fitnah, ia amat ditegah oleh syarak.
Jika kita masih bergelumang dengan perkara seumpama itu, melakukan solat istikharah itu merupakan satu usaha yang sia-sia kerana mencampuradukkan maksiat dengan Islam itu adalah satu usaha yang tidak membawa berkat.
Tetapi, setelah kita menyedari hakikat ‘coupling’ itu satu yang ditegah oleh syarak, pasangan kita itu pun sudah menyedari dan menyesali perbuatannya selama ini, maka seelok-eloknya kita lakukan solat istikharah.
 Kerana dalam doa istikharah itu terkandung maksud, kita tidak tahu samada pasangan kita itu secocok dengan kita atau tidak. Kita mohon petunjuk dari Allah. Jika benar ia untuk kita, maka mudahkanlah. Jika dia bukan jodoh kita maka jauhkanlah.
Setelah itu kita pasrah kepada ketentuan Allah. Jika entah macamana, hendak kahwin itu agak sukar atau kita rasa tawar hati dengan pasangan kita itu atau hati rasa tak sedap untuk meneruskan hubungan sehingga ke jinjang pelamin, maka pasrahlah dengan ketentuan Allah dan redha.
Dalam kehidupan ini banyak sudah berlaku teruna dara yang kononnya ‘kamcing’ kerana dah kenal begitu lama, sudah coupling begitu lama, sudah masak dengan perangai dan akhlak pasangan begitu lama.
Akhirnya bila berkahwin, kelam kabut juga rumah tangganya. Kerana rumah tangganya tidak dibina atas dasar takwa kepada Allah.
Tetapi mereka yang tidak pernah kenal. Kalau kenal pun sekadar biasa sahaja apabilaberkahwin mengikut petunjuk Ilahi – akan terasa barakahnya.
Masya Allah syariat Allah itu nampak susah pada asalnya tetapi bila dilaksanakan kebahagiaan akan dikecapi tetapi maksiat itu nampak cantik dan baik pada awalnya tetapi kesengsaraan adalah natijah dihujungnya.
Wallahu’alam. Semoga sedikit sebanyak membantu.. :)

Wednesday, January 30, 2013

Adakah Dia Tercipta Untukku ?


Satukan kami…
Di setiap solat malamku ,di setiap ibadah dan sujudku..
Di setiap langkahku, selalu berdoa memohon dipermudah jalan untuk menuju penyempurnaan ibadah yang tertinggi..

Ya Allah,
Jika dia memang tercipta untukku, maka pertemukan kami nanti,
Jika dia yang terbaik untuk kehidupan dunia akhiratku,
Permudahkanlah jika dia yang tertulis di Luh Mahfuz untukku..

Jika dia jodohku, belahan jiwaku,
Maka aku mohon Ya Allah,
Sabarkanlah ia, mudahkan jalannya
Hingga satu saat kelak Engkau satukan kami dalam ikatan yang suci,
PadaMu ,Ya Rabb yang Maha Bijaksana hamba meminta .

Monday, January 7, 2013

HOT!!! Azhar Idrus dilabel sebagai Pak Lawak Negara!!

Gua tertarik dengan satu artikel dalam sebuah laman portal mengenai penceramah Azhar Idrus..

Menurut penulis tu, Azhar Idrus hanya pandai berlawak dan langsung tak memberikan dakwah yang berkesan..

Bagi gua, dakwah ni universal sebenarnya.. Ada yang berdakwah melalui ceramah.., ada yang berdakwah menerusi nyanyian Nasyid.., ada yang berdakwah menerusi penulisan dan ada yang berdakwah melalui politik..

Dan sejak akhir-akhir ni, banyak pulak gua tengok ustad-ustad yang mula berlawak dalam masjid untuk menarik pengunjung atas tiket dakwah..

Gua tak ada masalah dalam fenomena ni beb.., asalkan lawak tu taklah keterlaluan sangat, ok lahh.. Lagipun.., kalau nak dibandingkan berlawak dengan memaki hamun dalam masjid.., gua lebih prefer pada berlawak...

 Apapun.., terpulanglah pada penerimaan masing-masing.. Kalau sapa tak suka lawak.., jangan lah dengar ye tak.. Macam tu lah juga bagi sapa yang tak suka hiburan.., jangan lah baca atau tengok bab-bab artis kannn...

Gua ok je mana-mana pun... Azhar Idrus punya ceramah pun gua pergi dengar.., konsert Awie pun gua pergi layan beb.. Apa guna akal yang Tuhan bagi kalau kita tak tahu guna untuk bezakan yang mana baik dan buruk ye tak??

So.., jom baca artikel yang gua maksudkan tadi tu.. Yang baik kita buat tauladan.., yang buruk kita buat bodoh je lahh... Boleh? Huhuhuhu....


Nama Azhar Idrus tiba-tiba menjadi gah dan menarik ribuan penonton setiap kali beliau mengadakan persembahan terbuka. Baik anak muda mahu pun orang tua merasakan sangat seronok mendengar ceramah agama Ustaz Azhar Idrus.

Ceramah agama Azhar Idrus bukan apa-apa. Bukan pembentangan pemikiran baru. Bukan ceramah ilmu Islam tulen dan bukan juga memberi apa-apa kesan terhadap tahap keimanan pendengar.

Sehingga hari ini belum ada seorang manusia pun diIslamkan oleh Azhar Idrus. Belum ada seorang pelacur pun dikembalikan ke jalan yang benar oleh Azhar. Belum ada sekumpulan Mat Rempit pun yang tiba-tiba bertaubat “nasuha” akibat ceramah Azhar Idrus.

Satu-satunya kejayaan Azhar setakat ini ialah memberi nafas baru kepada industri lawak negara. Jika dulu persembahan lawak “loyar buruk” hanyalah selingan persembahan pentas, konsert dan “funfair”, hari ini jenaka ini sudah mencapai tahap yang sangat mengkagumkan.

Selain menarik puluhan ribu orang mendengar persembahannya, jenaka ini juga sudah berjaya menerobos pentas politik, masjid dan surau.

Baik anak muda mahu pun orang tua, Azhar Idrus susah menjadi ikon agama baru dengan hanya menjawab persoalan-persoalan agama secara jenaka “loyar buruk” atau “lawak bodo”. Misalnya, apabila ditanya bolehkah wanita masuk ke kawasan kubur, beliau menjawab, “kalau belum mati tidak boleh masuklah.”

Maka jawapan seperti itu disambut gelak ketawa hadirin di dalam masjid. Suatu ketika dulu kita diajar adab di dalam masjid jangan berlebih-lebihan dalam sesuatu perbuatan baik bercakap mahu pun bergurau. Hari ini Masjid sudah menjadi tempat gelak ketawa yang melampau-lampau.

Isu-isu agama dijawab secara lawak jenaka, mainan bahasa dan penceramah agama yang tidak sealiran dengan beliau dipanggil bodo, bahlul di dalam ruang Masjid. Yang mendengar ceramah beliau lebih banyak ketawa mengekek daripada menjadi insaf dan menambah nilai keimanan dalam diri.

Di tangan Azhar Idrus, ajaran agama Islam telah direndahkan setahap pentas jenaka. Ajaran agama disampaikan untuk menarik populariti dan menjana kewangan. Justeru tidak hairan biarpun beberapa pandangan penceramah ini menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam di negara ini ia tetap dibiarkan berleluasa.

Dari segi sambutan puluhan ribu Azhar Idrus boleh dikatakan setarah allahyarham Ahmad Deedat, penceramah dan daie terkenal yang pernah datang ke negara ini suatu ketika dahulu.

Cuma bezanya, Ahmad Deedat mengangkat martabat Islam, membawa ilmu yang luar biasa, Azhar Idrus merendahkan ilmu dakwah Islam dengan loyar buruk, kata-kata kesat dan penipuan. Ya, penipuan yang akan saya dedahkan dalam tulisan berikut.

Ada orang bertanya mengapa Astro mewujudkan slot soal-jawab bersama Azhar Idrus sedangkan jawapan-jawapan beliau tidak mencerminkan keilmuan Islam. Jawapannya – Rating.

Ini kerana orang Melayu Islam suka mendengar ceramah yang karut-marut, menghiburkan hati dan berbentuk jenaka. Orang Melayu memang terkenal dengan tradisi penglipur lara dan Azhar merupakan penglipur lara moden orang Melayu.

Cuma, kalau Astro mahu mengejar rating atas populariti Azhar Idrus maka masukkanlah beliau ke dalam Maharaja Lawak. Saya percaya lawak beliau lebih lucu dan sensasi berbanding Jozan yang semakin mengarut dengan lawak-lawak bodoh.

Lebih malang ketika peserta Maharaja Lawak dilarang membuat lawak-lawak yang membabitkan sensitiviti agama dan mana-mana individu, saluran Oasis Astro membenarkan seorang pelawak bercakap isu-isu agama.

Tapi apa diharap dari sebuah stesen televisyen yang dimiliki oleh seorang yang bukan Islam.


Sumber ~ MYKMU