Kalau kita dah couple dengan seseorang dan janji nak kahwin dengan dia, perlukah buat solat istikharah juga. Nanti kalau buat bukan jodoh kita macam mana?
Jawapan:
Assalamualaikum WBT.
Terima kasih kerana bertanya. Moga apa yang saya nak jelaskan ini ada manfaatnya buat yang bertanya. Kalaulah kita sudah ber’couple’, yang membawa makna, kita sudah ada ‘steady boyfriend’ atau ‘girlfriend’.
Langkah pertama ialah kita kena insaf kalau ‘coupling’ itu menjurus kepada kita bertemu selalu, memadu kasih mesra sepertimana yang lumrah berlaku di zaman sekarang, ianya adalah satu dosa yang kita kena tinggalkan SERTA MERTA.
Walaupun niat pada asalnya hanya untuk bertemu untuk membincangkan sesuatu perkara, tetapi jika pertemuan itu dilakukan di tempat yang boleh menimbulkan fitnah, ia amat ditegah oleh syarak.
Jika kita masih bergelumang dengan perkara seumpama itu, melakukan solat istikharah itu merupakan satu usaha yang sia-sia kerana mencampuradukkan maksiat dengan Islam itu adalah satu usaha yang tidak membawa berkat.
Tetapi, setelah kita menyedari hakikat ‘coupling’ itu satu yang ditegah oleh syarak, pasangan kita itu pun sudah menyedari dan menyesali perbuatannya selama ini, maka seelok-eloknya kita lakukan solat istikharah.
Kerana dalam doa istikharah itu terkandung maksud, kita tidak tahu samada pasangan kita itu secocok dengan kita atau tidak. Kita mohon petunjuk dari Allah. Jika benar ia untuk kita, maka mudahkanlah. Jika dia bukan jodoh kita maka jauhkanlah.
Setelah itu kita pasrah kepada ketentuan Allah. Jika entah macamana, hendak kahwin itu agak sukar atau kita rasa tawar hati dengan pasangan kita itu atau hati rasa tak sedap untuk meneruskan hubungan sehingga ke jinjang pelamin, maka pasrahlah dengan ketentuan Allah dan redha.
Dalam kehidupan ini banyak sudah berlaku teruna dara yang kononnya ‘kamcing’ kerana dah kenal begitu lama, sudah coupling begitu lama, sudah masak dengan perangai dan akhlak pasangan begitu lama.
Akhirnya bila berkahwin, kelam kabut juga rumah tangganya. Kerana rumah tangganya tidak dibina atas dasar takwa kepada Allah.
Tetapi mereka yang tidak pernah kenal. Kalau kenal pun sekadar biasa sahaja apabilaberkahwin mengikut petunjuk Ilahi – akan terasa barakahnya.
Masya Allah syariat Allah itu nampak susah pada asalnya tetapi bila dilaksanakan kebahagiaan akan dikecapi tetapi maksiat itu nampak cantik dan baik pada awalnya tetapi kesengsaraan adalah natijah dihujungnya.
Wallahu’alam. Semoga sedikit sebanyak membantu.. :)
3 comments:
like2x..=)
like2x...
like2x..
Post a Comment