JellyPages.com

Wednesday, June 27, 2012

SKTSP Dalam Kenangan

Cuti semester semakin menghampiri penghujungnya . Mulai 2 Julai ini , saya akan memulakan latihan klinikal di Hospital Raja Permaisuri Bainun , Ipoh , Perak selama 16 minggu . Harap semuanya berjalan lancar .

 Untuk catatan blog kali ini . saya ingin mengimbau kenangan zaman persekolahan  dulu-dulu . Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pulai selama 6 tahun , dari  tahun 1996 hingga 2001 . Guru Besar pertama SKTSP ialah En. Mohd. Sharif Bin Hanapiah . Beliau berkhidmat di SKTSP dari tahun 1995 hingga 1998 . Dua lagi guru besar yang sempat saya kenali ialah En. Tasuki dan Puan Masri .

  Sepanjang bersekolah di sini , pelbagai kenangan pahit dan manis saya lalui . Semasa Tahun 6 , sekolah pernah ditimpa kebakaran yang berlaku di Blok B . Saya bernasib baik kerana kejadian berlaku selepas peperiksaan UPSR . Kenangan manis ialah berjaya mendapat keputusan 5A dalam UPSR . Segala penat lelah sepanjang 6 tahun di SKTSP akhirnya berhasil .

Berikut adalah nama guru kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6 yang saya masih ingat .
1) 1 Bijak - Cikgu Zaidah
2) 2 Bijak - Cikgu Hadijah
3) 3 Cerdas - Cikgu Mazdan
4) 4 Cerdas - Pn. Jayaletchumi
5) 5 Cerdas - Pn. Maimon
6) 6 Cerdas- Pn. Nooakma

 Berikut ialah lagu sekolah .
Lagu Sekolah
Kebangsaan Taman Sri Pulai

Kami di didik sempurna
Tabah usaha jaya
Panduan guru kami patuhi
Rajin berusaha
Hiasan diri budaya ilmu
Berdaya maju

Demi ibu bapa
Dan juga guru
Kami sedia berjuang
Ilmu yang diberi kami amalkan
Sinar masa hadapan

Sekolah Taman Sri Pulai
Jasamu ku kenangi
Hidupku kini bergemerlapan
Menuju wawasan

                                                             
   Lencana Sekolah


Gambar Kelas Darjah 6 Cerdas



Oklah , itu sahaja catatan blog saya untuk kali ini . Bye . Assalamualaikum .

Monday, June 25, 2012

Mana ada tak aci!


Mana Yang Sama?
"Tak aci! Lelaki boleh. Perempuan tak boleh," keluh seorang remaja puteri apabila dinasihati ibunya agar tidak memakai baju berlengan pendek ketika keluar rumah.
"Mana adil! Orang perempuan boleh enjoy duduk rumah," rungut hati seorang remaja lelaki apabila ayahnya mengajak ke masjid.
Adakah lelaki dan perempuan sama?
Ada yang sama. Ada yang berbeza. Bukan sama secara mutlak. Bukan juga berbeza secara mutlak.
Antara aspek yang sama ialah dari segi nilai kemanusian. Kedua-dua lelaki dan perempuan adalah manusia. Perlu dilayan sebagai seorang manusia.  Bukan dipandang seperti syaitan yang hanya ada keburukan. Atau dipandang seperti malaikat yang perlu sempurna dan tiada dosa.
Seterusnya aspek bertanggung jawab terhadap dosa dan pahala sendiri, sama sahaja antara lelaki dan perempuan. Lelaki yang mencuri perlu dihukum. Begitu juga perempuan yang mencuri. Perempuan yang berzina perlu dihukum. Begitu juga lelaki yang berzina. Kedua-dua lelaki dan perempuan akan balik berjumpa Allah dan disoal amalan masing-masing. Bukan lelaki sahaja yang akan disoal. Bukan juga perempuan sahaja yang akan disumbat ke neraka.
Mana Yang Berbeza?
Antara aspek yang berbeza pula ialah dari segi beberapa tuntutan peranan. Ada pengkhususan masing-masing. Ada pembahagian tugas oleh Allah SWT. Contohnya, tuntutan berpenampilan. Wanita mesti menampakkan kewanitaannya. Lelaki mesti menampakkan kelelakiannya. Oleh sebab itu, hal berpakaian, berdandan atau menggunakan perhiasan, tidak sama antara lelaki dan perempuan.
Wanita dan lelaki saling memerlukan. Masing-masing ibarat baju dan seluar. Isu-isu wanita perlu diambil berat oleh lelaki seakan-akan mengambil berat terhadap seluarnya sendiri. Isu-isu lelaki perlu diambil berat oleh wanita seakan-akan mengambil berat terhadap bajunya sendiri. Jika konsep dan kedudukan wanita misalnya, tidak dimengerti oleh golongan lelaki, ia akan menatijahkan ketempangan pemahaman dan persepsi. Sukar untuk saling kuat-menguatkan apabila diterjah banyak prasangka tanpa ilmu yang benar.
"Apalah perempuan ini pakai tudung berwarna-warni. Ini tabarruj," sangka lelaki tanpa asas ilmu yang jelas tentang maksud tabarruj. Banyak khilaf mengenainya. Ulama bermanhaj pertengahan mentakrifkan 'tabarruj' ialah sengaja mendedahkan apa yang sepatutnya ditutup.
"Lelaki ini tidak pakai jubah, tidak mengikut sunnah," bisik hati seorang perempuan tanpa asas ilmu yang jelas tentang konsep berpakaian mengikut sunnah. Pakaian yang ditunjukkan oleh sunnah ialah pakaian yang prinsipnya menutup aurat, perlaksanaannya fleksibel mengikut uruf atau adat yang pelbagai.
Apabila Salah Persepsi
Tuduh-menuduh, label-melabel, hukum-menghukum seumpama ini senang disaksikan terutamanya di alam maya. Tidak kira oleh golongan remaja atau dewasa. Semuanya berpunca daripada salah persepsi. Atau menganggap orang lain faham seperti yang kita faham. Apa yang kita faham itu pula boleh jadi banyak tafsiran dan penjelasannya, bukan hanya ada satu maksud sahaja.
Tatkala lelaki dan perempuan saling memiliki persepsi yang berbeza tentang kedudukan, peranan, dan tanggung jawab, mereka jadi sukar serasi dalam pelbagai urusan termasuklah urusan berumah tangga, kegiatan kemasyarakatan, kenegaraan dan pelbagai bentuk dakwah secara umum.
"Anak perempuan perlu duduk rumah saja," tegas seorang ayah.
"Tapi Islam benarkan wanita menuntut ilmu. Saya ingin belajar hingga Ph. D," rayu anak gadis remajanya.
"Anak wajib taatkan ayah!"  Si ayah menzip mulut anak gadis dengan kuasa vetonya.
Persepsi yang benar dan komunikasi berkesan dapat menyelesaiaan masalah seumpama ini. Wacana yang pertengahan sering kali mampu mendamaikan banyak sengketa dalam isu-isu wanita tatkala berhadapan dengan perbezaan pendapat.
Orientasi kemudahan menjadi watak syariat Islam secara keseluruhan. Berbahagialah ayah yang memudahkan anaknya. Berbahagialah anak yang memudahkan ayahnya.
Isu Purdah
"Sekarang ramai lelaki fasik. Wanita yang tidak pakai purdah sengaja nak pamer-pamerkan kecantikan," lontar satu pendapat.
Pendapat lain pula mengatakan, "Wanita dibolehkan membuka muka dan tapak tangan. Jika ada lelaki tergoda, lelaki itu yang perlu menundukkan pandangannya. Bukan wanita itu yang diwajibkan mengenakan purdah. Kecantikan wanita subjektif. Setiap pandangan mempunyai tafsiran berbeza. Islam menyuruh wanita menutup aurat tapi bukan dengan cara yang boleh menyusahkannya."

Berpurdah itu suatu pakaian yang baik dan menutup aurat. Oleh sebab kita perlu memilih antara yang baik dengan yang terbaik, penulis lebih selesa mengambil pandangan golongan yang mempertimbangkan pelbagai perkembangan realiti zaman ini. Ia sangat berbeza dengan realiti pada zaman kenabian. Contohnya, dulu wanita bermusafir dengan unta tapi hari wanita bermusafir dengan kapal terbang.
Penulis raikan pendapat yang berbeza ini. Mana yang perlu dipilih? Pendapat kedua bagi penulis lebih jelas hujah syar'iyahnya dan lebih realistik. Syariat Islam tidak berorientasikan kesulitan pada konsep dan aplikasinya kerana ia tidak cucuk dengan misi besar kehadiran Islam sebagai rahmat bagi semester alam. Penulis tetap akui, setiap pilihan ini insya-Allah masih tetap dalam daerah pahala.
Pilihlah Pandangan Yang Mudah
Para ulama Islam sejak dahulu sehingga sekarang mempunyai banyak pandangan terhadap isu-isu lelaki dan perempuan. Kita pula harus memilih. Penulis lebih tenang memilih pendapat yang moderat, sebagaimana orientasi syariat Islam yang menganjurkan umatnya mengambil yang mudah, bukan yang susah.
Firman Allah SWT, "Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan Dia tidak mengkehendaki kesulitan bagimu." (Al-Baqarah: 185).
Allah juga memujuk rasa-rasa hati kita dengan kata-Nya,
"Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan." (Al-Haj: 78).
Ada pendapat yang membincangkan tentang keterlibatan wanita dalam aktiviti kemasyarakatan.
"Tempat wanita di rumah. Kami ada dalil al-Quran. Wilayah wanita hanyalah untuk domestik kekeluargaan sahaja. Wanita jangan muncul di media, TV dan radio kerana ia samalah dengan wanita berpeleseran di mana-mana," lontar satu pendapat.
Pendapat ini membuatkan remaja-remaja wanita dan anak-anak gadis di IPT keliru tentang masa depannya. Perlukah kami belajar sehabis baik sedangkan kami hanya perlu menggunakan ilmu rumah tangga sahaja untuk masa depan kami? Perlukah kami menyambung pelajaran hingga ke peringkat tertinggi?
Mungkin pendapat kedua ini ada jawapannya.
"Wanita sejak zaman Rasul dibolehkan keluar dari rumahnya selama ada keperluan yang makruf dan aman dari fitnah. Kenapa kita bersangka buruk wanita yang muncul dalam media itu sebagai sedang berpeleseran? Padahal kita boleh bersangka baik bahawa dia sedang menunaikan tuntutan amar makruf dan nahi mungkar. Dakwah itu luas cara dan medannya, dengan perbuatan, kata-kata, lisan atau tulisan, bahkan dengan gambar, video dan media juga," lontar pendapat yang lain.
Saidina Umar berpesan, "Jangan kamu sangka buruk terhadap kalimat orang Muslim, padahal engkau dapat membawanya kepada makna yang lebih baik lagi."
Jaafar bin Muhammad, "Jika sampai kepadamu sesuatu yang engkau ingkari tentang saudaramu, maka carilah satu uzur baginya, sampai tujuh puluh uzur. Jika tidak, katakan "Barangkali dia punya uzur yang tidak aku ketahui."
Kerjaya dan Kepimpinan Wanita
"Wanita jangan berkerjaya. Wanita jangan menjawat jawatan penting dalam kepimpinan sesuatu organisasi. Wanita hanya perlu jaga anak dan suami, cukuplah. Dia sudah ada tiket ke syurga," lontar satu pendapat.
"Islam tidak menyekat secara mutlak kepimpinan wanita. Siapa cerdik, dialah berhak memimpin, tak kira lelaki atau perempuan. Cuma, jawatan tertinggi dalam negara diberi pada lelaki. Begitu juga jawatan tertinggi dalam sesebuah keluarga, dipikul oleh lelaki. Wanita merupakan separuh daripada anggota masyarakat. Sudah tentu masyarakat sangat perlukan tenaga dan sumbangannya dalam sesuatu kerjaya, asalkan wanita itu tahu batas dan adab," lontar pendapat yang lain.
Nabi memberi petunjuk, "Sebaik-baik urusan agamamu ialah yang paling mudah." (HR. Thabrani).
Aisyah r.ha memberitahu kita, "Tidaklah Rasulullah SAW dihadapkan kepada pilihan antara dua hal, kecuali baginda memilih yang lebih mudah, asalkan bukan dosa." (HR Bukhari Muslim).
Pendapat yang kedua ini bagi penulis lebih releven dengan keperluan pergerakan dakwah kontemporari kerana berubahnya zaman dan kondisi. Ia menuntut penyertaan wanita muslimah dalam pelbagai lapangan yang sesuai dengan fitrahnya.  Peranannya tidak hanya terbatas dalam domestik keluarga bahkan jika dia ada kepakaran dia boleh terjun dalam aktiviti social kemasyarakatan, ekonomi, politik dan pemerintahan, amar makruf dan nahi mungkar. Bukan untuk menyaingi lelaki tetapi memenuhi keperluan masyarakat.
Kesimpulan
Cantiknya Allah mengadun kehidupan ini dengan ramuan yang pelbagai.  Ada persamaan. Ada perbezaan. Ada yang disepakati. Ada yang dibenarkan berbeza. Siapa yang lebih berbaik sangka kepada Allah dan orang lain, dialah yang akan lebih bahagia. Insya-Allah.

Sunday, June 24, 2012

Kartun Malaysia Dulu-Dulu



Usop Sontorian & Keluang Man ; Ingat Lagi ?




Usop oh Usop...Kau memang terbaik!
Aku rasa korang yang berumur lebih kurang (20 tahun) mesti tahu kartun-kartun Malaysia
yang dua ni. Watak-watak kartun ni selalu menceriakan senja kita kan? Dulu aku selalu
lengahkan waktu solat maghrib semata-mata nak tunggu kartun ni habis. Eh, dulu 
maghrib lambat tau, so kalau sembahyang pukul 8 tu masih panjang lagi tau...hehe.
Tapi sekarang dah tak lagi, so adik-adik kat luar sana jangan ikut 
perangai abang okay? hehe
Keluang Man and Tiong Man...Korang selalu bagi aku ketawa...Thanks ek!
Keluang Man ye, bukan Kluang...Kluang tu daerah kat Johor sana nun. AKu suka jugak la 
kartun ni tapi aku suka Usop Sontorian lagi kot rasanya. Keluang man ni kira penyelamat 
nusa dan bangsa Malaysia la kononnya walaupun diorang tinggal di hospital mental. 
Grand tak ? haha. Aku suka sangat slang inspektor dalam cerita ni, aku tak ingat nama dia 
tapi aku selalu ajuk...hehe...aku bukan racist!


They are not my childhood superheroes but I love watching their actions! 


Hope you get it...till then, that is how