JellyPages.com

Saturday, July 7, 2012

Latihan Klinikal Tahun 3 Semester 2

Assalamualaikum w.b.t . , dan salam sejahtera .

  Moga tuan/puan yang membaca blog ini dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya . Hari ini , genap seminggu saya tinggal di Ipoh , Perak . Saya telah menamatkan 1 minggu daripada 16 minggu latihan klinikal di Hospital Raja Permaisuri Bainun , Ipoh , Perak Darul Ridzuan . Untuk makluman tuan/puan , saya sepatutnya menjalani latihan klinikal di Johor Bahru , tetapi memandangkan hospital di sana tidak menerima pelatih semester 6 untuk latihan klinikal , penyelaras akhirnya menukarkan saya ke HRPB .

  Mengikut senarai nama yg asal , ada 3 pelatih lelaki yang dihantar ke HRPB . Tapi disebabkan perubahan saat akhir yang tidak diduga , hanya saya yang dihantar ke HRPB . Bosan tak terkata , tapi apakan daya . Mungkin Allah mahu menguji setakat mana tahap kesabaran aku . Aku memandang semua ini dari sudut positif , mungkin apa yang berlaku mempunyai hikmah di sebaliknya . Untuk semester akhir kali ini , selain latihan klinikal , kami juga dibebani dengan research proposal . Perubahan format yang dibuat dengan begitu mendadak ini agak membebankan . Aku perlu membuat semula satu proposal research yang baru . Aku harap research ni tak mengganggu fokus aku untuk menghadapi semester 6 ini .

  Di Ipoh , aku tinggal di sebuah rumah 2 tingkat di Taman Cempaka , bersama-sama dengan student Politeknik Ungku Omar . Harap mereka tak menimbulkan masalah . Semuanya Melayu , semester 2 . Tuan rumah ni adalah seorang lelaki cina yang dikenali sebagai En. Lim . Aku dah bayar langsai sewa rumah untuk 1 semester . Lokasi rumah pun strategik , dekat dengan pasar , medan selera , kedai-kedai dan stesen minyak . Selepas seminggu di sini , aku dah faham selok-belok jalan utama bandar ni .

Inilah rumah sewa aku .



Kawasan perumahan Taman Cempaka yang berlatarbelakangkan bukit batu kapur .

Ok guys , rasanya cukuplah catatan blog kali ini . Thanks for viewing . Salam 1Malaysia .

No comments: