JellyPages.com

Friday, August 10, 2012

Menjelang 1 Syawal

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh . Salam sejahtera saya ucapkan .

  Hari ini , hari ke-22 kita berpuasa dalam Ramadhan 1433H . Tinggal seminggu lagi sebelum Ramadhan melabuhkan tirainya . Alhamdulillah , setakat ni aku berjaya puasa penuh , walaupun kadangkala rasa terlalu penat menjalani latihan klinikal . Persiapan raya tahun ni pun ala kadar saja , tak beli baju baru disebabkan faktor kewangan yang terhad . Namun , perkara penting ialah aku dapat mengisi bulan Ramadhan kali ini dengan amal ibadah .

  Meskipun pada awalnya ketika memulakan latihan klinikal di Hospital Ipoh , aku berhadapan beberapa kesukaran , namun aku bersyukur kerana segala kesukaran itu telah dapat diatasi . Aku akan berusaha sebaik mungkin dalam latihan klinikal semester akhir ini demi mencapai kejayaan gemilang . InsyaAllah , aku akan pulang berhari raya di Johor pada 18 hb Ogos ini . Walaupun raya kini tidak semeriah waktu zaman kanak-kanak dahulu , tapi apa yang lebih utama ialah merapatkan jalinan kekeluargaan sesama ahli keluarga . 
  Baiklah , itu sahaja yang mahu ku taip untuk catatan blog kali ini . Aku sudahi dengan serangkap pantun ;

Ibadah puasa bulan Ramadhan ,
Ujian untuk orang beriman ,
Aidilfitri menjalin persaudaraan ,
Bermaaf-maafan dengan keikhlasan .




Salam Aidilfitri , Maaf Zahir dan Batin .
 

No comments: