JellyPages.com

Wednesday, September 5, 2012

Terus Melangkah

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh . Salam sejahtera saya ucapkan .

Minggu ni , masuklah minggu ke -9 aku menjalani latihan klinikal di Hospital Raja Permaisuri Bainun . Bermakna masih ada separuh daripada tempoh klinikal selama 16 minggu yang perlu ditamatkan . Alhamdulillah , aku bersyukur kerana masih diberi kekuatan untuk meneruskan latihan klinikal di sini walaupun berhadapan dengan beberapa kesulitan pada peringkat permulaan . Masih dalam suasana raya dgn majlis rumah terbuka di sini - sana , namun aku tak mahu terleka . Bagi aku , cukuplah seminggu beraya kerana banyak hal lain yang lebih utama perlu difikirkan .

  Tiada perkara yang mudah dalam hidup di dunia ini . Aku berusaha untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan . Aku niatkan menuntut ilmu ini sebagai satu ibadah , dan berharap semoga memperoleh keberkatan dari Allah    SWT . Aku harap berkat hasil usaha aku selama 3 tahun ni , ditambah doa yang tidak putus - putus dapat menghasilkan kejayaan yang cemerlang . Buat semua kawan - kawan yang memberi sokongan selama 3 tahun ni , aku ucapkan terima kasih .

Sekian .


No comments: