JellyPages.com

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012

   Hari ini bermulalah tahun 2012 mengikut kalendar Masihi . Tahun berganti , umur pun semakin meningkat . Perjalanan masa dirasakan seperti terlalu pantas , pelbagai peristiwa pahit dan manis sepanjang 2011 menjadi pedoman dan iktibar dalam menempuh hari - hari mendatang . Kedatangan tahun baru selalunya disertai dengan azam baru . Namun bagaimana dengan azam tahun lepas ? Adakah semuanya tercapai ?
  
   Untuk berjaya , kita perlu meletakkan sasaran yang ingin kita capai . Inilah yang dinamakan azam . Ia tidak perlu hanya disebut semasa tahun baru sahaja , tetapi setiap masa dalam kehidupan . Apa yang penting ialah usaha dan komitmen kita dalam mencapai impian tersebut . Sesungguhnya kesenangan tidak akan datang bergolek . Kerja keras yang diiringi doa , itulah yang dituntut agama apabila kita berusaha mengejar impian . Hari tidak selalunya indah . Beringatlah semasa senang sebelum datang waktu susah .

  Akhir sekali , buat adik - adik yang akan memulakan sesi persekolahan 2012 , saya ucapkan selamat maju jaya . Jangan sia-siakan peluang menuntut ilmu di usia muda . Menyesal di kemudian hari tidak berguna . Jangan sia-siakan harapan kedua ibu bapa yang mengharapkan kejayaan anda . 

  Sekian . Wabillahi taufiq wal hidayah , assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .


Thursday, December 22, 2011

Jalan Jalan Masa Cuti

  Cuti akhir semester selama hampir sebulan . Aku banyak habiskan masa rehat kat rumah , sebab nak jimat duit untuk semester baru nanti . Semester 5 ni , aku kena prahtikal kat luar , so banyak belanja . Selepas wang biasiswa masuk 19 hb hari tu , aku pergi tengok filem Mission Impossible : Ghost Protocol kat panggung Lotus Five Star (LFS) di  Skudai Parade . Boleh tahan la filem ni , aku bagi 4 bintang . Lepas habis tengok wayang , aku main bowling sekejap . Dah lama tak main ni , baling asyik ke longkang je .

  Esoknya , aku pergi ke Zoo Johor . Lama dah tak datang sini , rasanya ada 10 tahun . Banyak dah perubahan  zoo ni . Ada lebih banyak binatang , pelbagai spesies , kalau nak dibandingkan 10 tahun lepas . Zoo nampak lebih ceria , lebih cantik . Binatang paling banyak ada dalam zoo ni ialah Singa . Aku kira ada 11 ekor semuanya , termasuk anak singa . Ini juga pertama kali aku tengok burung cenderawasih , sebelum ni dengar nama je . Gajah tak ada masa aku datang , dihantar ke Kuala Gandah . Kandangnya sedang diubahsuai . Secara keseluruhannya , sebagai anak Johor , aku bangga dengan zoo Johor ni . Disebabkan zoo ni tidaklah sebesar Zoo Negara ataupun zoo Melaka , jadi tak boleh harap lebih-lebih sangat . Harga tiket pun murah , RM2 untuk kanak-kanak dan RM3 untuk dewasa .

  Setakat ni je la yang dapat aku tulis dalam blog ni . Lusa nak balik kampung kat Muar , minggu depan nak balik KSKB Sungai Buloh . Ok , thanks for viewing .

                                         Skudai Parade
                                               Lotus Five Star Cinema , Skudai Parade
                                                       Kaunter Tiket Zoo Johor

Saturday, December 10, 2011

Di Penghujung 2011

  Alhamdulillah , aku berjaya naik ke Tahun 3 Semester 1 . Dalam pada itu , tahun 2011 kian melabuhkan tirainya dan 2012 bakal menyusul . Banyak kenangan pahit dan manis berlaku sepanjang tahun ni . Tapi , yang lebih penting adalah perancangan untuk masa depan . Dalam semester 5 ni akan lebih sibuk , sebab nak kena buat persediaan untuk conference fisioterapi dan juga klinikal posting . Tahun 2012 umur aku bakal menginjak ke 23 tahun . Tak de la tua sangat , malas nak fikir pasal awek . Aku percaya pada Tuhan , kalau ada jodoh tu adalah . Kalau tak ada , pun aku tak kisah . Target aku sekarang nak habiskan latihan kat KSKB Sungai Buloh  . Aku selalu berdoa semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati perjuangan aku dalam menuntut ilmu .

   Cuti akhir semester ni aku banyak habiskan masa kat rumah . Nak keluar jalan-jalan duit dah habis . Jadi kena la tunggu duit biasiswa masuk 19 hb ni . Bulan 1 ni aku nak beli gitar , nak belajar main gitar start dari 0. Dapat yang harga rm100 pun ok . Yang penting ada kualiti dan bunyi sedap didengar . Dah lama nak belajar gitar , tapi ada je kekangan .

  Ok la , sampai sini je catatan aku untuk hari ni . Sebelum tu , aku nak ucapkan tahniah dan selamat berkhidmat sebagai penjawat awam kepada pelatih2 fisioterapi Kumpulan 35 yang baru je lepas konvo .
Sekian , terima kasih .

Sunday, August 21, 2011

Clinical posting at Ampang Hospital

Exam formatif sudah pun berakhir . Alhamdulillah , aku harap boleh pass semua paper , especially Neurology 1 .
Sekarang, aku nak fokus untuk klinikal pulak . Dah tak nak repeat klinikal lagi , serik . Aku mesti perform betul2 kali ni . Aku ni tak la pandai  sangat pun , tapi aku akan berusaha untuk membuktikan aku juga boleh berjaya . Satu hal lagi , minggu pertama klinikal adalah minggu menjelang hari raya . Jadi , semua pergi klinikal dengan mood raya . Ok , tu je yang aku nak kongsi untuk hari ni .

Assalamualaikum W.b.t. .

Thursday, May 26, 2011

Blogger baru , sila beri tunjuk ajar

Ini adalah pertama kalinya aku blogging . Tengok member2 lain masing2 dah ada blog sendiri , aku pun tergerak nak berblog . Untuk first day ni , tak banyak yang aku  nak post . Next time aku akan post something kat sini , maybe something berkaitan isu-isu semasa . Ok la , chow .