JellyPages.com

Saturday, December 10, 2011

Di Penghujung 2011

  Alhamdulillah , aku berjaya naik ke Tahun 3 Semester 1 . Dalam pada itu , tahun 2011 kian melabuhkan tirainya dan 2012 bakal menyusul . Banyak kenangan pahit dan manis berlaku sepanjang tahun ni . Tapi , yang lebih penting adalah perancangan untuk masa depan . Dalam semester 5 ni akan lebih sibuk , sebab nak kena buat persediaan untuk conference fisioterapi dan juga klinikal posting . Tahun 2012 umur aku bakal menginjak ke 23 tahun . Tak de la tua sangat , malas nak fikir pasal awek . Aku percaya pada Tuhan , kalau ada jodoh tu adalah . Kalau tak ada , pun aku tak kisah . Target aku sekarang nak habiskan latihan kat KSKB Sungai Buloh  . Aku selalu berdoa semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati perjuangan aku dalam menuntut ilmu .

   Cuti akhir semester ni aku banyak habiskan masa kat rumah . Nak keluar jalan-jalan duit dah habis . Jadi kena la tunggu duit biasiswa masuk 19 hb ni . Bulan 1 ni aku nak beli gitar , nak belajar main gitar start dari 0. Dapat yang harga rm100 pun ok . Yang penting ada kualiti dan bunyi sedap didengar . Dah lama nak belajar gitar , tapi ada je kekangan .

  Ok la , sampai sini je catatan aku untuk hari ni . Sebelum tu , aku nak ucapkan tahniah dan selamat berkhidmat sebagai penjawat awam kepada pelatih2 fisioterapi Kumpulan 35 yang baru je lepas konvo .
Sekian , terima kasih .

No comments: