JellyPages.com

Thursday, December 22, 2011

Jalan Jalan Masa Cuti

  Cuti akhir semester selama hampir sebulan . Aku banyak habiskan masa rehat kat rumah , sebab nak jimat duit untuk semester baru nanti . Semester 5 ni , aku kena prahtikal kat luar , so banyak belanja . Selepas wang biasiswa masuk 19 hb hari tu , aku pergi tengok filem Mission Impossible : Ghost Protocol kat panggung Lotus Five Star (LFS) di  Skudai Parade . Boleh tahan la filem ni , aku bagi 4 bintang . Lepas habis tengok wayang , aku main bowling sekejap . Dah lama tak main ni , baling asyik ke longkang je .

  Esoknya , aku pergi ke Zoo Johor . Lama dah tak datang sini , rasanya ada 10 tahun . Banyak dah perubahan  zoo ni . Ada lebih banyak binatang , pelbagai spesies , kalau nak dibandingkan 10 tahun lepas . Zoo nampak lebih ceria , lebih cantik . Binatang paling banyak ada dalam zoo ni ialah Singa . Aku kira ada 11 ekor semuanya , termasuk anak singa . Ini juga pertama kali aku tengok burung cenderawasih , sebelum ni dengar nama je . Gajah tak ada masa aku datang , dihantar ke Kuala Gandah . Kandangnya sedang diubahsuai . Secara keseluruhannya , sebagai anak Johor , aku bangga dengan zoo Johor ni . Disebabkan zoo ni tidaklah sebesar Zoo Negara ataupun zoo Melaka , jadi tak boleh harap lebih-lebih sangat . Harga tiket pun murah , RM2 untuk kanak-kanak dan RM3 untuk dewasa .

  Setakat ni je la yang dapat aku tulis dalam blog ni . Lusa nak balik kampung kat Muar , minggu depan nak balik KSKB Sungai Buloh . Ok , thanks for viewing .

                                         Skudai Parade
                                               Lotus Five Star Cinema , Skudai Parade
                                                       Kaunter Tiket Zoo Johor

No comments: