JellyPages.com

Monday, December 31, 2012

TIPS BAGAIMANA NAK KUMPUL DUIT UNTUK KAHWIN!!


Assalamualaikum & Salam sejahtera,
Saya teringin nak berkongsi berkenaan cerita tentang macam mana nak kumpul duit untuk kahwin. Memang perkara ni adalah agenda utama bagi pasangan yang merancang nak berkahwin nanti terutamanya bagi kaum Adam.
Selalu kita terdengar ada yang mengeluh bila nak kahwin ni..masalah yang selalunya didengari – “Belum cukup duit lagi la nak kawin..” – Sememangnya perbelanjaan kahwin di zaman yang serba canggih ni semuanya dah makin tinggi. Paling koman pun keseluruhan belanja RM7K – 8K utk sebelah pihak..tu pun kalau buat secara simple & kecil-kecilan. Kebiasaanya utk dua-dua pihak belanja boleh cecah diantara RM20,000 – RM40,000. Kalau lah majlis tu plak nak buat yg grand punya..haha..lu pikirlah sendiri! Jadi nak tak nak..kalau nak berkahwin terpaksa jugakla kita bertungkus lumus mencari rezeki & mengumpul duit untuk kahwin. Tapi INGAT..carilah duit secara HALAL..sekiranya nawaitu kita itu baik, Insyallah jalan itu pastinya ada. Berdoalah banyak-banyak pada-Nya..sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita!
Ok..kahwin itu sememangnya ada banyak manfaat.
Kahwin itu memberi nikmat dan lazat :)
Kahwin itu memberi tanggungjawab.
Kahwin itu memberi rezeki lebih, InsyaAllah.
Kahwin itu adalah “Turning Point” dalam kehidupan manusia.
Kahwin juga memberi berkat dan rahmat Allah, InsyaAllah.
Tapi, sebelum kahwin, yang memeningkan kepala adalah“Bagaimana Nak Cari Duit Untuk Kahwin”?
Mari kita lihat apa sebenarnya yang boleh dilakukan.
“GAGAL UTK MERANCANG ADALAH MERANCANG UTK GAGAL”
“Aduhh! Bercinta dah lebih 3 tahun ni..bakal mak mertua pun dah tanya bila nak masuk meminang? Pening..pening!!”
Sekiranya anda belum cukup duit atau memang tiada lagi duit utk kahwin adalahamat-amat perlu anda membuat perancangan yg rapi. Sebaik-baiknya juga perancangan utk persediaan berkahwin ni dimulakan lebih awal. Adakan sedikit simpanan setiap bulan utk belanja bila anda dah nak kahwin nanti.
Anda kena semak semula cara perbelanjaan setiap bulan & adakan satu senarai. Seeloknya bincang bersama-sama dengan pasangan anda & tetapkan tempoh yang sesuai. Bagi yg belum ada pasangan, jgn ingat anda tak perlu menyimpan..kerana anda pun tentu ada memasang impian untuk berkeluarga satu hari nanti..jadi adalah lebih baiknya kita mulakan perancangan lebih awal. Selain itu, simpan duit ni bukan setakat utk kahwin je tetapi utk mcm-mcm lagi kegunaannya.
Untuk menyimpan duit ni sebenarnya ada 1001 macam cara..yang penting adalah disiplin diri kita..cara kita berbelanja. Sebaik-baiknya kita mulakan amalan menabung ni dari mula kita bekerja lagi.
Ok..kita bermula dengan cara mudah yang paling konservatif dulu.
Anda simpan RM250 setiap bulan.
Ulang sehingga 36 bulan atau 3 tahun.
Berapa anda dapat?
RM250 x 36 bulan = RM9,000.
Tak Cukup?
Anda kongsi dengan bakal isteri, setiap orang simpan RM250 setiap bulan.
Jadi double, RM9,000 x 2 = RM18,000 (atau RM250 x 2 orang x 36 bulan = RM18,000)
Tak Cukup Gak?
Doublekan nilai simpanan korang berdua kepada RM500 setiap bulan.
RM500 x 2 orang x 36 bulan = RM36,000.
Lambat?
Simpan RM500 setiap bulan untuk tempoh 1 tahun setengah (18 bulan).
RM500 x 2 orang x 28 bulan = RM18,000.
Ok? Dapat idea?
Kene ingat, saye cume kongsi idea, berapa nak simpan sebulan dan berapa lama tu, kene bincang lah dengan bakal isteri.
At least dah ada peta :D
Nak bajet pulak macamane?
RM9,000 : Kenduri belah perempuan kecil-kecilan.
RM18,000 : Kenduri belah perempuan dan lelaki kecil-kecilan.
RM36,000 : Kenduri belah perempuan dan lelaki sederhana.
Begitulah lebih kurang gambarannya secara mudah..anda kenalah tentukan & rancangkan sendiri ye? INGAT..disiplin dalam perbelanjaan itu penting. Kalau kita terlalu ikutkan nafsu memang susahla sikit. Dibawah ni ada beberapa tips yg mungkin boleh anda amalkan :
1. Jangan selalu beli barangan branded
Kadang-kadang, most people memang suka guna barangan berjenama atau branded. Better quality, they say. Betul tu tapi harganya memang confirm mahal! Tetapi anda kena ingat yang  sekarang nie, objektif anda adalah untuk cut-cost demi nak save bajet untuk kahwin.
2. Jaga keselamatan dan kesihatan anda
Sentiasalah pakai tali pinggang dan topi keledar semasa keluar dengan motor atau kereta. Cuci tangan dengan bersih bagi mengelakkan jangkitan H1N1 dan penyakit2 lain. Kalau anda rajin jaga kesihatan, gerenti anda boleh elakkan daripada membayar bil hospital yg terlampau tinggi tu.
3. Kurangkan ‘dating’ pada setiap hujung minggu
Untuk mereka yang bekerja, hujung minggu mungkin adalah masa yang korang tunggu2 supaya dapat keluar berjalan-jalan bersama awek tersayang . Masa keluar ni, memang confirm duit anda pun akan ‘keluar’ sama. Yelah, masa keluar makan, takkan awek pulak yang kena belanja, kan? Jadi, kalau dah kemaruk nak kahwin, kurangkan ‘dating’ pada hujung minggu yer. Kalau awek marah2, cakap kat dia “Sayang, abang nak simpan duit untuk pinang sayang…”
4. Kurangkan membeli suratkhabar / majalah
Untuk orang yang tak gemar membaca, ini takkan jadi masalah. Memang elok kita membaca suratkhabar untuk tahu perkembangan semasa, tetapi sekarang nie dah ader cara jimat untuk membaca paper, iaitu melalui Internet. Kalau kat rumah atau ofis anda ada Internet connection, surf je laman-laman suratkhabar seperti Utusan, Metro dsb lagi dan bacasaja disitu. Kan jimat tu. Untuk yang suka membaca majalah hiburan pula, baca je blog gosip artis kat internet.
5. Kurangkan membeli gajet elektronik
Di zaman IT yang serba canggih ni, semacam ada tarikan magnet untuk membeli dan menggunakan gajet2 yang mewah dan berteknologi tinggi misalnya PS3, Garmin, Tablet PC dsb. Kebanyakan daripada alat-alat ni memang serius mahal. Remaja memang sangat mudah tertarik untuk beli. Jadi, untuk elak dari membeli, buat-buatlah tutup mata bila nampak gajet2 baru ni.
PERANCANGAN AGGRESIF PELAN KE-2
“Hmm..aku tiap-tiap bulan pun mmg ada simpan duit..tapi lambatla nak cecah target! Tahun bila aku nak boleh kahwin macam ni!”
Haha..Sekiranya anda mmg dah tak sabar rasanya nak hidup berdua & anda rasa dengan cara menyimpan duit setiap bulan masih belum cukup & memakan masa yang lama..jadi anda tentulah perlukan satu PLAN B iaitu satu cara yg lebih aggresif yg dapat menambahkan lagi tabungan anda secara maksimum. Tetapi macam mana la pulak caranya?
Ini ada beberapa idea yang mungkin boleh anda gunakan utk PLAN B anda.
LANGKAH PERTAMA
Tetapkan niat anda..berdoalah kepada-Nya setiap hari agar dipermudahkan jalan anda. Jangan sesekali mudah putus asa walau apapun cabaran & rintangannya. Anda perlu kuat dari segi mental & fizikal!
PLAN B
  1. Sekiranya anda bekerja makan gaji..buat kerja part time untuk tambah lagi pendapatan anda.
  2. “9/10 punca rezeki itu datang dari perniagaan” – Anda boleh berniaga secara kecil-kecilan atau part time. Nak meniaga apa? Nak cari modal mana? Takda pengalaman? Semua itu takda masalah..anda kena berusaha sikit je..ada jalannya. Kalau blurr sgt..konteklah kami..insyallah kita akan tolong sedaya mampu.
  3. Pelaburan – mungkin boleh masuk ASB atau pelaburan emas dan sebagainya yang boleh bagi extra pendapatan. Cth mcm ASB pun kalau kena dgn tekniknya..mmg boleh buat duit!! Insyallah dlm tempoh 3 tahun dah boleh dpt duit untuk buat kenduri! Tetapi AWAS..jgn mudah terpedaya dgn skim cepat kaya & yg sewaktu dgnnya..pastikan anda siasat dulu latar belakang syarikat tersebut & bertanya kpd mereka yg lebih arif.
  4. Anda ada kad kredit? Dengan kad kredit pun kita bleh buat duit kalau tahu caranya. Tapi tak boleh nak cerita kat sini..jenuh nak tulis nanti..hehe
  5. Jadi ejen sambilan mana-mana syarikat & jual produk diorang. Kebiasaanya syarikat jualan ni mmg bagi komisen yang tinggi. Silap-silap sebulan senang-senang je boleh dapat RM10,000!! Yang penting kita kena rajin & jangan malu & malas!  :-)
  6. Online Trading – anda boleh jual produk secara online..atau mungkin buat dropship pun ok. Platform ada banyak..ebay..lelong..mudah..bla bla bla..buat siasatan anda ye.
Ok? Nak detail lagi?
Bayar lah weh. Itu pon dah cukup banyak info free dah tu. Hehehehe..jgn maree
Fuhh..sebenarnya kalau ada kemahuan..memang ada banyak jalannya..Insyallah. Perkara utama yg anda harus ingat ialah DISIPLIN diri dalam merealisasikan impian anda ini. Anda juga haruslah yakin dan berfikiran positif serta tidak mudah berputus asa. Sesusah mana pun anda..cubalah sedaya upaya utk tidak meminjam dari Ah Long ye..takut nanti tak tertolong!
Begitulah serba sedikit perkongsian kita hari ini. Mudah-mudahan apa yg disampaikan ni at least boleh membantu sikit sebanyak impian anda. 

My Political View

Assalamualaikum buat pelawat blog . Diharap anda sihat sejahtera hendaknya .

  Untuk catatan blog pada hari pertama tahun 2013 ini , saya ingin menyentuh sedikit mengenai soal politik . Semua rakyat Malaysia maklum , Pilihanraya Umum (PRU) ke - 13 akan diadakan pada tahun ini , memandangkan penggal Parlimen akan tamat pada April ini . Pilihanraya kali ini dijangka hangat , kerana terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan . Ia juga bakal menjadi penunjuk aras tahap penerimaan rakyat terhadap transformasi yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) .

  Selama aku hidup selama 24 tahun di Malaysia , aku berasa bersyukur kerana kerajaannya diterajui oleh parti pemerintah yang mempunyai formula terbaik bagi memastikan rakyat yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum hidup bersama dalam keadaan harmoni . Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai pemilih . Aku akan mengundi buat pertama kali pada PRU13 nanti . Pilihanraya adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang diamalkan di Malaysia .

  Malaysia adalah sebuah negara Persekutuan yang mengamalkan sistem pemerintahan raja berpelembagaan . Yang di Pertuan Agong berperanan sebagai ketua negara . Kerajaannya mengamalkan sistem demokrasi berparlimen , di mana wakil rakyat dipilih melalui proses pilihanraya , dan akan menjadi suara rakyat di Parlimen / Dewan Undangan Negeri . Undang-undang membenarkan seseorang yang memenuhi syarat bertanding dalam pilihanraya , samaada sebagai calon parti politik mahupun calon bebas . Cuma satu kelemahan ketara yang aku perhatikan dalam sistem pilihanraya ini , keputusan pilihanraya bukan ditentukan oleh siapa yang mengundi , tapi berapa ramai yang mengundi . Kalau yang mengundi tu semuanya orang bijak pandai , maka tak perlulah ada ceramah - ceramah politik dan kempen pilihanraya yang seringkali memainkan pelbagai isu demi menarik undi . Tak kiralah siapa pengundi tu , sama ada seorang Professor berkelulusan Ph.D mahupun seorang kerani yang hanya berkelulusan SPM , dia hanya boleh membuang undi sekali sahaja .

  Harapan aku untuk PRU13 nanti , tidak berlaku sebarang kekacauan dan huru-hara , sebagaimana yang berlaku dalam Perhimpunan Bersih 3.0 . Kekalkanlah Malaysia dalam keadaan aman , bertandinglah secara adil dan profesional . Setiap rakyat bebas untuk memilih calon mana yang sesuai bagi menggalas tanggungjawab mewakili mereka di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) . Aku hanyalah seorang pengudi atas pagar , tak mahu terlalu taksub dengan ideologi politik sempit . Cukuplah sekadar hidup berpandukan Al-Quran dan sunnah Rasul , nescaya tidak sesat selama - lamanya . Janganlah mengkafirkan saudara seagama , hanya kerana berlainan ideologi politik . Kita orang Melayu hanyalah bangsa yang kecil , perpecahan hanya akan memburukkan keadaan , sedangkan bangsa lain telah jauh meninggalkan kita dari sudut ekonomi . Kuasa politik yang kita pegang sekarang tidak mustahil jatuh ke tangan bangsa asing , sekiranya kita terus leka berpolitik . Jangan sampai menang sorak kampung tergadai .

  Setakat ini sahaja yang ingin aku sampaikan . Sekian , terima kasih kerana sudi membaca catatan blog yang tidak seberapa ini , semoga tuan/puan dipanjangkan usia . Wassalam .


Logo Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)

Parti-parti politik di Malaysia

Sunday, December 30, 2012

Selamat Tinggal 2012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh , saya ucapkan kepada pelawat yang setia mengikuti blog saya yang ringkas dan sederhana ini . Semoga anda sihat sejahtera hendaknya .

 Alhamdulillah , syukur ke hadrat Ilahi , kerana dengan izinNya , saya masih dapat meneruskan hidup di dunia ini . Sesungguhnya Tuhan itu Maha Adil , dia tidak menguji hambanya dengan ujian yang tidak mampu dilalui oleh seseorang hamba itu . Tahun 2012 ini , telah banyak meninggalkan pelbagai memori pahit dan manis . Apa yang baik , kita jadikan teladan , dan yang buruk , kita jadikan sempadan . Kita sebagai manusia mungkin tidak mampu menjadi sempurna , tapi biarlah kita berusaha bagi memperbaiki diri dari semasa ke semasa . Biarlah kita hina di mata manusia , asalkan kita mulia di sisi Allah SWT .

  Berbalik kepada tajuk , saya ingin mengupas sorotan yang berlaku sepanjang 2012 . Perjalanan hidup saya berjalan lancar , meskipun ada beberapa halangan dan kesukaran yang perlu saya tempuh . Saya percaya ini semua menjadikan saya lebih matang pada masa hadapan . Saya melalui latihan klinikal tahun 3 di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru dan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh . Lega kerana segalanya telah tamat , namun tahun 2013 pasti lebih mencabar dan saya sentiasa bersedia untuknya . Saya akan berusaha merbaiki kelemahan diri , dan menambahbaik kelebihan yang ada pada diri ini .

  Tahun 2012 meninggalkan kenangan manis pada arena sukan negara . Pandelela Rinong menjadi atlet wanita pertama negara yang membawa pulang pingat dari temasya Sukan Olimpik , manakala Datuk Lee Chong Wei  sekadar mengulangi pencapaian Olimpik 2008 , apabila sekali lagi tewas kepada jaguh badminton China , Lin Dan . Manakala bagi sukan bola sepak , pasukan Harimau Malaya sekadar mara ke separuh akhir, tewas di tangan musuh tradisi , Thailand .

  Catatan blog tamat setakat ini dulu , kerana ada urusan yang perlu diselesaikan . Sekian .

                                               Kartun di bawah , sekadar gurauan semata-mata .


Sunday, December 23, 2012

Tamat Latihan Di KSKBSB

Assalamualaikum buat pelawat blog . Diharap anda sihat sejahtera hendaknya .

  Alhamdulillah , syukur kepada Allah s.w.t kerana masih diberi peluang untuk meneruskan hidup di atas muka bumiNya ini . Kini , kita telah tiba di penghujung tahun 2012 , tahun yang membawa pelbagai kenangan pahit dan manis bersamanya . Aku bertuah kerana setelah 3 1/2 tahun belajar di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh , Selangor , akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian walaupun bukan sebagai pelajar terbaik . Sekurang-kurangnya segala usaha dan penat lelah aku mengulangkaji pelajaran selama ini tidak sia-sia . Aku sedar semenjak di bangku sekolah lagi , aku bukanlah pelajar yang pintar yang cepat menangkap apa yang diajar guru di kelas . Namun , aku berusaha sebaik mungkin untuk mencapai keputusan yang terbaik dalam pelajaran .

  Aku harap , tahun 2013 akan memberi sinar harapan yang cerah . InsyaAllah , mulai tahun ini , aku akan mempunyai kerjaya tetap aku sendiri . Harap segalanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah . Aku cuma akan memulakan soal cinta dan kahwin selepas aku mencapai usia 25 tahun , kerana bagi aku memantapkan ekonomi aku adalah lebih utama . Aku juga berhasrat untuk lebih mendalami agama Islam , supaya aku dapat menjadi seorang mukmin yang baik . Namun begitu , aku berterima kasih kepada semua guru - guru yang telah membimbing aku , dari waktu aku menuntut di Sekolah Rendah hinggalah ke Sekolah Menengah  . Tidak dilupakan juga keluarga aku yang telah menyara aku selama ini .

  Setakat ini sahaja yang ingin aku sampaikan . Sekian , terima kasih kerana sudi membaca catatan blog yang tidak seberapa ini , semoga tuan/puan dipanjangkan usia . Wassalam .

Ini Logo Pasukan Liga Super Johor Darul Takzim . Harap2 dengan kemasukan ramai pemain bintang , prestasi pasukan Johor akan kembali meningkat dan disegani .