JellyPages.com

Sunday, December 30, 2012

Selamat Tinggal 2012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh , saya ucapkan kepada pelawat yang setia mengikuti blog saya yang ringkas dan sederhana ini . Semoga anda sihat sejahtera hendaknya .

 Alhamdulillah , syukur ke hadrat Ilahi , kerana dengan izinNya , saya masih dapat meneruskan hidup di dunia ini . Sesungguhnya Tuhan itu Maha Adil , dia tidak menguji hambanya dengan ujian yang tidak mampu dilalui oleh seseorang hamba itu . Tahun 2012 ini , telah banyak meninggalkan pelbagai memori pahit dan manis . Apa yang baik , kita jadikan teladan , dan yang buruk , kita jadikan sempadan . Kita sebagai manusia mungkin tidak mampu menjadi sempurna , tapi biarlah kita berusaha bagi memperbaiki diri dari semasa ke semasa . Biarlah kita hina di mata manusia , asalkan kita mulia di sisi Allah SWT .

  Berbalik kepada tajuk , saya ingin mengupas sorotan yang berlaku sepanjang 2012 . Perjalanan hidup saya berjalan lancar , meskipun ada beberapa halangan dan kesukaran yang perlu saya tempuh . Saya percaya ini semua menjadikan saya lebih matang pada masa hadapan . Saya melalui latihan klinikal tahun 3 di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru dan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh . Lega kerana segalanya telah tamat , namun tahun 2013 pasti lebih mencabar dan saya sentiasa bersedia untuknya . Saya akan berusaha merbaiki kelemahan diri , dan menambahbaik kelebihan yang ada pada diri ini .

  Tahun 2012 meninggalkan kenangan manis pada arena sukan negara . Pandelela Rinong menjadi atlet wanita pertama negara yang membawa pulang pingat dari temasya Sukan Olimpik , manakala Datuk Lee Chong Wei  sekadar mengulangi pencapaian Olimpik 2008 , apabila sekali lagi tewas kepada jaguh badminton China , Lin Dan . Manakala bagi sukan bola sepak , pasukan Harimau Malaya sekadar mara ke separuh akhir, tewas di tangan musuh tradisi , Thailand .

  Catatan blog tamat setakat ini dulu , kerana ada urusan yang perlu diselesaikan . Sekian .

                                               Kartun di bawah , sekadar gurauan semata-mata .


No comments: