Assalamualaikum & Salam sejahtera,
Saya teringin nak berkongsi berkenaan cerita tentang macam mana nak kumpul duit untuk kahwin. Memang perkara ni adalah agenda utama bagi pasangan yang merancang nak berkahwin nanti terutamanya bagi kaum Adam.
Selalu kita terdengar ada yang mengeluh bila nak kahwin ni..masalah yang selalunya didengari – “Belum cukup duit lagi la nak kawin..” – Sememangnya perbelanjaan kahwin di zaman yang serba canggih ni semuanya dah makin tinggi. Paling koman pun keseluruhan belanja RM7K – 8K utk sebelah pihak..tu pun kalau buat secara simple & kecil-kecilan. Kebiasaanya utk dua-dua pihak belanja boleh cecah diantara RM20,000 – RM40,000. Kalau lah majlis tu plak nak buat yg grand punya..haha..lu pikirlah sendiri! Jadi nak tak nak..kalau nak berkahwin terpaksa jugakla kita bertungkus lumus mencari rezeki & mengumpul duit untuk kahwin. Tapi INGAT..carilah duit secara HALAL..sekiranya nawaitu kita itu baik, Insyallah jalan itu pastinya ada. Berdoalah banyak-banyak pada-Nya..sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita!
Ok..kahwin itu sememangnya ada banyak manfaat.
Kahwin itu memberi nikmat dan lazat
Kahwin itu memberi tanggungjawab.
Kahwin itu memberi rezeki lebih, InsyaAllah.
Kahwin itu adalah “Turning Point” dalam kehidupan manusia.
Kahwin juga memberi berkat dan rahmat Allah, InsyaAllah.
Tapi, sebelum kahwin, yang memeningkan kepala adalah“Bagaimana Nak Cari Duit Untuk Kahwin”?
Mari kita lihat apa sebenarnya yang boleh dilakukan.
“GAGAL UTK MERANCANG ADALAH MERANCANG UTK GAGAL”
“Aduhh! Bercinta dah lebih 3 tahun ni..bakal mak mertua pun dah tanya bila nak masuk meminang? Pening..pening!!”
Sekiranya anda belum cukup duit atau memang tiada lagi duit utk kahwin adalahamat-amat perlu anda membuat perancangan yg rapi. Sebaik-baiknya juga perancangan utk persediaan berkahwin ni dimulakan lebih awal. Adakan sedikit simpanan setiap bulan utk belanja bila anda dah nak kahwin nanti.
Anda kena semak semula cara perbelanjaan setiap bulan & adakan satu senarai. Seeloknya bincang bersama-sama dengan pasangan anda & tetapkan tempoh yang sesuai. Bagi yg belum ada pasangan, jgn ingat anda tak perlu menyimpan..kerana anda pun tentu ada memasang impian untuk berkeluarga satu hari nanti..jadi adalah lebih baiknya kita mulakan perancangan lebih awal. Selain itu, simpan duit ni bukan setakat utk kahwin je tetapi utk mcm-mcm lagi kegunaannya.
Untuk menyimpan duit ni sebenarnya ada 1001 macam cara..yang penting adalah disiplin diri kita..cara kita berbelanja. Sebaik-baiknya kita mulakan amalan menabung ni dari mula kita bekerja lagi.
Ok..kita bermula dengan cara mudah yang paling konservatif dulu.
Anda simpan RM250 setiap bulan.
Ulang sehingga 36 bulan atau 3 tahun.
Berapa anda dapat?
RM250 x 36 bulan = RM9,000.
Tak Cukup?
Anda kongsi dengan bakal isteri, setiap orang simpan RM250 setiap bulan.
Jadi double, RM9,000 x 2 = RM18,000 (atau RM250 x 2 orang x 36 bulan = RM18,000)
Tak Cukup Gak?
Doublekan nilai simpanan korang berdua kepada RM500 setiap bulan.
RM500 x 2 orang x 36 bulan = RM36,000.
Lambat?
Simpan RM500 setiap bulan untuk tempoh 1 tahun setengah (18 bulan).
RM500 x 2 orang x 28 bulan = RM18,000.
Ok? Dapat idea?
Kene ingat, saye cume kongsi idea, berapa nak simpan sebulan dan berapa lama tu, kene bincang lah dengan bakal isteri.
At least dah ada peta
Nak bajet pulak macamane?
RM9,000 : Kenduri belah perempuan kecil-kecilan.
RM18,000 : Kenduri belah perempuan dan lelaki kecil-kecilan.
RM36,000 : Kenduri belah perempuan dan lelaki sederhana.
Begitulah lebih kurang gambarannya secara mudah..anda kenalah tentukan & rancangkan sendiri ye? INGAT..disiplin dalam perbelanjaan itu penting. Kalau kita terlalu ikutkan nafsu memang susahla sikit. Dibawah ni ada beberapa tips yg mungkin boleh anda amalkan :
1. Jangan selalu beli barangan branded
Kadang-kadang, most people memang suka guna barangan berjenama atau branded. Better quality, they say. Betul tu tapi harganya memang confirm mahal! Tetapi anda kena ingat yang sekarang nie, objektif anda adalah untuk cut-cost demi nak save bajet untuk kahwin.
2. Jaga keselamatan dan kesihatan anda
Sentiasalah pakai tali pinggang dan topi keledar semasa keluar dengan motor atau kereta. Cuci tangan dengan bersih bagi mengelakkan jangkitan H1N1 dan penyakit2 lain. Kalau anda rajin jaga kesihatan, gerenti anda boleh elakkan daripada membayar bil hospital yg terlampau tinggi tu.
3. Kurangkan ‘dating’ pada setiap hujung minggu
Untuk mereka yang bekerja, hujung minggu mungkin adalah masa yang korang tunggu2 supaya dapat keluar berjalan-jalan bersama awek tersayang . Masa keluar ni, memang confirm duit anda pun akan ‘keluar’ sama. Yelah, masa keluar makan, takkan awek pulak yang kena belanja, kan? Jadi, kalau dah kemaruk nak kahwin, kurangkan ‘dating’ pada hujung minggu yer. Kalau awek marah2, cakap kat dia “Sayang, abang nak simpan duit untuk pinang sayang…”
4. Kurangkan membeli suratkhabar / majalah
Untuk orang yang tak gemar membaca, ini takkan jadi masalah. Memang elok kita membaca suratkhabar untuk tahu perkembangan semasa, tetapi sekarang nie dah ader cara jimat untuk membaca paper, iaitu melalui Internet. Kalau kat rumah atau ofis anda ada Internet connection, surf je laman-laman suratkhabar seperti Utusan, Metro dsb lagi dan bacasaja disitu. Kan jimat tu. Untuk yang suka membaca majalah hiburan pula, baca je blog gosip artis kat internet.
5. Kurangkan membeli gajet elektronik
Di zaman IT yang serba canggih ni, semacam ada tarikan magnet untuk membeli dan menggunakan gajet2 yang mewah dan berteknologi tinggi misalnya PS3, Garmin, Tablet PC dsb. Kebanyakan daripada alat-alat ni memang serius mahal. Remaja memang sangat mudah tertarik untuk beli. Jadi, untuk elak dari membeli, buat-buatlah tutup mata bila nampak gajet2 baru ni.
PERANCANGAN AGGRESIF PELAN KE-2
“Hmm..aku tiap-tiap bulan pun mmg ada simpan duit..tapi lambatla nak cecah target! Tahun bila aku nak boleh kahwin macam ni!”
Haha..Sekiranya anda mmg dah tak sabar rasanya nak hidup berdua & anda rasa dengan cara menyimpan duit setiap bulan masih belum cukup & memakan masa yang lama..jadi anda tentulah perlukan satu PLAN B iaitu satu cara yg lebih aggresif yg dapat menambahkan lagi tabungan anda secara maksimum. Tetapi macam mana la pulak caranya?
Ini ada beberapa idea yang mungkin boleh anda gunakan utk PLAN B anda.
LANGKAH PERTAMA
Tetapkan niat anda..berdoalah kepada-Nya setiap hari agar dipermudahkan jalan anda. Jangan sesekali mudah putus asa walau apapun cabaran & rintangannya. Anda perlu kuat dari segi mental & fizikal!
PLAN B
- Sekiranya anda bekerja makan gaji..buat kerja part time untuk tambah lagi pendapatan anda.
- “9/10 punca rezeki itu datang dari perniagaan” – Anda boleh berniaga secara kecil-kecilan atau part time. Nak meniaga apa? Nak cari modal mana? Takda pengalaman? Semua itu takda masalah..anda kena berusaha sikit je..ada jalannya. Kalau blurr sgt..konteklah kami..insyallah kita akan tolong sedaya mampu.
- Pelaburan – mungkin boleh masuk ASB atau pelaburan emas dan sebagainya yang boleh bagi extra pendapatan. Cth mcm ASB pun kalau kena dgn tekniknya..mmg boleh buat duit!! Insyallah dlm tempoh 3 tahun dah boleh dpt duit untuk buat kenduri! Tetapi AWAS..jgn mudah terpedaya dgn skim cepat kaya & yg sewaktu dgnnya..pastikan anda siasat dulu latar belakang syarikat tersebut & bertanya kpd mereka yg lebih arif.
- Anda ada kad kredit? Dengan kad kredit pun kita bleh buat duit kalau tahu caranya. Tapi tak boleh nak cerita kat sini..jenuh nak tulis nanti..hehe
- Jadi ejen sambilan mana-mana syarikat & jual produk diorang. Kebiasaanya syarikat jualan ni mmg bagi komisen yang tinggi. Silap-silap sebulan senang-senang je boleh dapat RM10,000!! Yang penting kita kena rajin & jangan malu & malas!
- Online Trading – anda boleh jual produk secara online..atau mungkin buat dropship pun ok. Platform ada banyak..ebay..lelong..mudah..bla bla bla..buat siasatan anda ye.
Ok? Nak detail lagi?
Bayar lah weh. Itu pon dah cukup banyak info free dah tu. Hehehehe..jgn maree
Bayar lah weh. Itu pon dah cukup banyak info free dah tu. Hehehehe..jgn maree
Fuhh..sebenarnya kalau ada kemahuan..memang ada banyak jalannya..Insyallah. Perkara utama yg anda harus ingat ialah DISIPLIN diri dalam merealisasikan impian anda ini. Anda juga haruslah yakin dan berfikiran positif serta tidak mudah berputus asa. Sesusah mana pun anda..cubalah sedaya upaya utk tidak meminjam dari Ah Long ye..takut nanti tak tertolong!
Begitulah serba sedikit perkongsian kita hari ini. Mudah-mudahan apa yg disampaikan ni at least boleh membantu sikit sebanyak impian anda.
No comments:
Post a Comment