JellyPages.com

Sunday, December 23, 2012

Tamat Latihan Di KSKBSB

Assalamualaikum buat pelawat blog . Diharap anda sihat sejahtera hendaknya .

  Alhamdulillah , syukur kepada Allah s.w.t kerana masih diberi peluang untuk meneruskan hidup di atas muka bumiNya ini . Kini , kita telah tiba di penghujung tahun 2012 , tahun yang membawa pelbagai kenangan pahit dan manis bersamanya . Aku bertuah kerana setelah 3 1/2 tahun belajar di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh , Selangor , akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian walaupun bukan sebagai pelajar terbaik . Sekurang-kurangnya segala usaha dan penat lelah aku mengulangkaji pelajaran selama ini tidak sia-sia . Aku sedar semenjak di bangku sekolah lagi , aku bukanlah pelajar yang pintar yang cepat menangkap apa yang diajar guru di kelas . Namun , aku berusaha sebaik mungkin untuk mencapai keputusan yang terbaik dalam pelajaran .

  Aku harap , tahun 2013 akan memberi sinar harapan yang cerah . InsyaAllah , mulai tahun ini , aku akan mempunyai kerjaya tetap aku sendiri . Harap segalanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah . Aku cuma akan memulakan soal cinta dan kahwin selepas aku mencapai usia 25 tahun , kerana bagi aku memantapkan ekonomi aku adalah lebih utama . Aku juga berhasrat untuk lebih mendalami agama Islam , supaya aku dapat menjadi seorang mukmin yang baik . Namun begitu , aku berterima kasih kepada semua guru - guru yang telah membimbing aku , dari waktu aku menuntut di Sekolah Rendah hinggalah ke Sekolah Menengah  . Tidak dilupakan juga keluarga aku yang telah menyara aku selama ini .

  Setakat ini sahaja yang ingin aku sampaikan . Sekian , terima kasih kerana sudi membaca catatan blog yang tidak seberapa ini , semoga tuan/puan dipanjangkan usia . Wassalam .

Ini Logo Pasukan Liga Super Johor Darul Takzim . Harap2 dengan kemasukan ramai pemain bintang , prestasi pasukan Johor akan kembali meningkat dan disegani .

No comments: